TAUGEH PUNYA PASAL

9/26/2010 11:58:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

Ada baca entry aku kat bawah ni sal taugeh?? kalau tak baca sila membacakan diri anda sesegera yang mungkin sebab entry ni ada bau2 kentut dengan entry yang sebelum ni.

Amacam, ada bau ker??
 
Lepas baca kisah sal taugeh tu trus rasa loya nak makan taugeh. Aku bukan penggemar taugeh namun sesetengah masakan kadang2 lebih sedap di makan dengan taugeh contoh char kuew teow kan?? Tanpa taugeh rasa macam tak lengkap la nikmat char kuew teow tu.

See.. ada taugeh kan?? char kuew teow kalau takde taugeh rasa tak lengkap lak
 
Memandangkan masih terbayang2 apa yang aku baca tentang penanaman taugeh bagi sesetengah tauke taugeh ni.. terus rasa loya. Semalam ada gak keinginan nak nak makan char kuew teow tapi ingat taugeh jer terus cancel selera aku ni. Yelah... sapa sanggup beb! Air kencing tu bukan mineral water ke hapa ker nak menjamah dengan penuh nikmat. Apa jer masakan yang berkaitan taugeh buat masa sekarang tekak aku masih belum bleh terima.

Maaf hanya mangkuk jamban jer bleh terima taugeh buat masa ni

So, pada korang kat luar sana.. terutama penggemar sayur taugeh hati2 ketika membeli. Ikut la tips yang di beri sekiranya anda terlalu kepingin tahap dewa dewi bintang tiga nak makan taugeh. Walau bukan semua pengusaha taugeh buat macam tu tapi bak kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga, kan??

Ni la cara orang bercucuk tanam taugeh.. Rasa nak selamat tanam & makan sendiri. Tak susahkan??

ha.. Pada penanam taugeh yang macam tu.. Amik iktibar. Taktik kotor & amat pengotor tu telah di ketahui umum & di sebarkan. Yang sudah tu sudah la... Buang air kencing amik air paip je buat siram pokok taugeh. Buat apa tipu pembeli.. Keja camtu tak lama. Lambat laun orang tau gak. Sapa rugi. Rasanya bukan orang muslim jer rasa geli & jijik nak makan taugeh yang di serap dengan air kencing malah apa jenis bangsa pun akan rasa jijik. Takde orang sanggup minum air kencing beb! Lu sendiri pun takkan sanggup, kan?? Well.. Renung2 kan. Selama berniaga.

 Taukeh.. Lu try dulu minum air urine ni baru lu jual taugeh urine lu tu! Busuk punya orang!

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com