AKU SANGAT SUKA CICAK.. tapi cicak kini sangat berharga
Dulu sapa peduli?? Ada yang geli.. ada yang jumpa di pukul sampai mati (Ye ker?? Main tibai je ni). Sekarang, apa jadi?? Semua orang cari.. Sebab?? Harganya tak terbilai dek jari.. Musim mencari cicak tokek or kat kampung aku panggil dia POKKA. Aku pun sebelum ni tak tau nama binatang tu.. Alkisahnya balik cuti raya puasa lepas.
Adik aku riuh cerita pasal boipren dia yang skang sibuk cari cicak pokka/tokek ni. Katanya harga mahal skang di pasaran. Maka ramai la kawan2 si boipren adik bongsu aku ni memulakan operasi memburu cicak tu. Mula - mula aku tak peduli sangat. Tak hingin pun nak kongsi kat blog. Sebab rasa macam kelakar. Yelah bukan senang nak dapat cicak tu. Baik ko pergi cari keja.. Dah tentu tiap2 bulan ada gaji dari mengharap seketul duit akan jatuh dari hasil memburuk cicak tu. Tapi tengok isu ni makin di perkatakan ramai so aku nak juga kongsi - kongsi dengan korang. Apa khasiatnya cicak Tokek/Pokka ni. Jom kita kupas kupis..
Cicak tokek mungkin spesies yang jarang didengari oleh masyarakat tempatan tetapi haiwan itu mempunyai nilai tinggi di pasaran kerana didakwa mempunyai khasiat mujarab untuk merawat pelbagai penyakit termasuk HIV/AIDS,sakit kulit dan asma.cicak itu mencecah berat 350 gram ke atas, ia boleh mengeluarkan satu enzim yang mampu mengubati penyakit HIV dan AIDS.Harga bagi seekor cicak tersebut di pasaran boleh mencapai RM3 juta jika berat haiwan tersebut mencecah 500 gram.
Ha.. kau! Mana tak gila budak - budak tu sampai sanggup berkampung dalam hutan malam - malam buta cari tokek/pokka ni?? Harga dia bleh terkuar biji mata tengok. Tapi kita kena fikir.. kenapa offer dia tinggi?? Sebab dia bukan macam cicak yang dok melepek kat dinding or syiling umah yang senang2 kita lastik. Spesis ni susah nak dapat. Kalau cicak dinding harga camtu dah lama aku kaya sebab aku memang handal menangkap cicak tanpa membunuh atau memutuskan ekornya. Skill ni dari kecik lagi aku ada sebab memang hobi aku suka main dengan cicak lepas aku puas main, belai2 aku lepas balik. Teringat aku satu peristiwa nakal masa kecik. Aku & member baik aku (siti) kasi inject cicak dengan minyak angin panas (yang warna merah). Aku tak tau la mana siti dapat jarum injection tu, baru lagi dalam plastik. Masa tengah lepak2 aku biasa la pantang nampak cicak terus aku kejar sampai dapat. Siti ni spesis pompuan biasa yang geli pada serangga2 camtu. Aku je luar biasa skit.. Tak reti nak rasa geli. Bila aku tangkap idea siti pun sampai. Apa lagi doktor memulakan rawatan la. Inject sedas cicak tu pastu lepas.. Terhuyung hayang dia jalan pastu aku dah tak tau hidup ke or jadi raksasa cicak tu.
Cicak buat aku ingat memori zaman kanak - kanak ku yang sangat aktif & nakal. Tapi minat aku pada cicak takde la di zaman kanak - kanak jer.. Sampai masuk sek men pun aku still lagi main - main dengan cicak. Lagi satu kisah nakal ku masa sekolah menengah dulu.. Ada sorang member lelaki kat sekolah aku ni. Kalau bab gaduh.. dia la kedepan. Memang tak takut mati.. Tapi alahai.. kalau dengan cicak, dia bleh lari pusing padang 5 round sebab tak tahan geli. Alkisahnya.. aku ni memang bab mengenakan orang bleh dapat award juga la. Tu pun skill dari kecik. Aku dah tau kelemahan dia.. Maka pada satu hari aku siap2 tangkap cicak dari umah bawak gi skolah. Masa lepak - lepak kat pondok rehat lepas abis skolah, aku curi2 masukkan cicak dalam pencil box dia kemudia aku pura - pura cakap macam ada something gerak2 dalam pencil box dia sebabnya aku nak suruh dia buka. Bila dia buka apa lagi melompat terus lari semahu2nya pusing padang. Tak tahan geli. Aku apa lagi.. ketawa tahap gaban. Bleh gegar bangunan skolah time tu.
Itulah serba serbuk kisah aku & cicak & sedikit info tentang cicak yang menjadi buruan sekarang. Orang kata bunuh cicak dapat pahala.. tapi sampai sekarang aku masih belum sampai hati nak bunuh cicak. Kalau aku tangkap pun aku main kejab aku lepas balik. Pernah aku bela telur cicak sampai menetas. Anak dia kuar kaler itam. Bagi aku comel.. tapi bagi korang mesti jijik kan?? Apapun setiap orang takkan sama walau serupa. Kan???
Ni la rupa binatang tu
Aduhai.. den bukan ajak kopek/kupas bawang la cik kak..
Agak2 kalau beso ni sampai tak 500gram
Kalau la cicak yang aku inject tu jadi spesis & sebesar ni.. Wow! meniaga cicak lagi kaya dari meniaga unta.
Cicak pun turut ketawa melihat beliau begitu.. kekekekeke
Cicak ekor bercabang camni ada pernah kongsi bilik dengan aku dulu.. hari2 aku nampak dia
0 Komen Melekat:
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini