GADIS 12 TAHUN BERTUNANG DENGAN TERUNA 14 TAHUN

10/14/2010 09:07:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Pejadah malam baru nak selak2 akhbar online. Siang2 tak ingat lak nak belek2 cerita ceriti dalam akhbar tu, kan?? mukadimah dengan bebel ni pehal lak kan?? Bukan apa Uolls dulu aku rajin sangat la selak2 metro online. So, update la skit pengetahuan aku tentang apa yang berlaku dari masa ke semasa dalam negara kita ni. Tapi sejak jadi suri rumahtangga ni aku cuma baca dari blog jer, jarang2 lak nak buka harian mentro online. Ni la dinamakan perubahan suasana, kan??

Pilihan ku

Selak punya selak H.M online, terselak satu kisah ni.. dengan tajuknya TUNANG GADIS SUNTI (clik je kat situ kalau Uolls yang belom baca). Si Gadis baru berusia 12 tahun & si teruna lak baru melepasi akil baligh (ye ker??) 14 tahun. Keluarga dorang menunangkan adik - adik ni atas amanat datuk nenek dorang dulu yang nak merapatkan silaturrahim dengan jiran. Maka si mak bapak adik - adik ni demi nak menunaikan amanat orang tua, di tunang kan meraka dalam usia yang mentah lagi tapi perjanjian mereka cuma akan di kahwinkan 5 tahun lagi or atau mereka dah cukup dewasa. Kalau Uolls nak tau kisah sal tunang gadis sunti tu Uolls bagi sendiri yer...

Kisah camni selalunya dengar di India jer.. kan??

Apa yang cik puan lekat lekit nak kupas kupis pasal isu adalah pasal bertunang dia dalam usia yang teramat2 muda. Kalau zaman dulu - dulu maybe la tak pelik bunyinya. Zaman dulu kurang gejala sosial & kebanyakkan jodoh di tentukan mak bapak. Jarang2 skali nak dengar kawen atas dasar cinta ni. (tapi mak & arwah ayah aku berkahwin atas dasar cinta bukan pilihan orang tua tau! Alhamdulillah berkekalan hingga akhir hayat Ayah). Berbalik pada topik kita tadi.. Apakah wajar di tunangkan dalam usia mereka tu?? Umpama cinta monyet yang tidak ada jaminan. Yelah.. masing2 baru nak menganjak usia masuk ke alam remaja. Dalam alam remaja tu penuh dengan pancaroba. Mereka akan belajar mengenal kawan & bergaul. Apakah akan terlaksana amanat atuk nenek dengan menunangkan mereka sebagai perjanjian ikatan??

Perjanjian manusia cuma perancangan.. Selebihnya Allah yang menentukan

Memang soal jodoh di tangan Tuhan.. Tapi pengharap kedua belah keluarga pada anak2 yang masih mentah untuk merealisasikan impian atuk nenek mereka nampaknya agak berisiko la. Dalam perjalanan meniti alam remaja ni, disitu mereka mula belajar mengenal setiap sudut kehidupan. Kita sendiri tahu zaman kini bukan seperti zaman dulu. Anak2 kini petah membantah, berani menyuarakan hak & mempertikaian segala macam yang mak bapak berikan. Bila adik2 kecil ini mula bergaul dengan pelbagai manusia, mereka akan melihat, menilai & membandingkan. Di situ akan mula timbul konflik. Sekarang mereka setuju, esok - esok dah pandai boipren gefren.. nak2 lagi yang datang tu menyerlah dari yang ada tak mustahil kesetian hati anak mentah ini akan tergugat. Jika berlaku.. Apa akan jadi pada perjanjian keluarga & amanat atuk nenek itu??

Antara Harapan Atuk nenek & perasaan cucu cicit

Pada pendapat peribadi saya, tidak wajar mengikat perjanjian itu dengan pertunangan di dalam usia sebegitu. Tunggu la sampai budak - budak besar skit dah boleh fikir dengan matang time tu baru la sesuai untuk di buat keputusan nak bertunang ker or di kahwinkan terus. Dalam masa sekarang.. masih dalam fantasi & angan - angan jika menunangkan mereka. Yelah.. budak - budak apa dia tahu. Kalau korang pernah lalui zaman cinta monyet yang terputus di tengah jalan korang akan faham situasi tu. Jika 5 tahun lagi hati budak - budak berubah, manalah tau (bukan mendoakan yer) masing - masing nak putus sebab ada pilihan sendiri kan keakraban antara dua keluarga ni akan sedikit terjejas. Atau terjadi sesuatu yang buruk (bukan kerana ajal). Bila keadaan menjadi keruh.. Apa jadi dengan amanat & impian atuk nenek dorang?? Fikir - fikir kan la.

Terlaju jauh lagi perjalanan yang harus mereka tempuhi.. sukar di teka apa yang akan berlaku di masa depan

Sekadar memberi pendapat secara peribadi bukan menyerang secara peribadi yer.. Apapun itu hak masing - masing. Apapun niat kedua belah keluarga ini baik cuma bagi pendapat saya masanya sahaja tidak sesuai memandangkan adik - adik ni terlalu lalu muda untuk di ikat janji sebegitu. Keputusan mereka bagi saya sekarang ni cuma di pengaruhi pujukkan keluarga. Apapun itulah secebis kisah realiti dalam kehidupan kita. Mana yang baik di jadikan teladan.. yang buruk di jadikan sempadan. Bye bye...

 Hope impian kedua belah keluarga ini menjadi kenyataan & berkakhir dengan kebahagian.. Amin

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com