Damn.... you are soo UGLY

10/21/2010 04:57:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

Yes.. I'm not pretty woman. Bila masa lak aku cakap aku cantik ekk?? Wah ini adalah serangan peribadi ekoran entry aku yang mengkritik cikgu shida. Comment di youtube tu baru 2 hari lepas.. Bila aku check dalam email. Alkisahnya...

Tu dia cucu cicit ready nak dengar story nenek
 
Ni cerita zaman moda rumaja.. Sebelum nikah & masih anak dara. Aku ada la belajar2 buat video clip mengguna gambar2 aku di Movie maker. Macam cikgu shida buat tu.. Tapi masa tu cikgu shida pun aku tak kenal lagi. Tapi bukanlah video miming.. Just gambar2 jer di iringi dengan lagu Akulah Sinderela nyanyian Amelia (AF). Tujuan aku upload just nak bagi someone tu tengok hasil kerja aku.. Masa tu aku bukan paham sangat youtube tu. Main upload jer.. Sampai skrg pun tak penah aku check jumlah view sebab aku bukan gila rating.

Ni la komen si insan itiew.. Pasni rating video aku lak naik tak semena - mena. Uwakakaka

Tetiba tadi facebook aku tak bleh log in. Saja check email kot2 ada masalah FB aku. Secara tak sengaja nampak la email ntah mamat/minah mana kutuk rupa aku buruk katanya. Celah gigi pun aku tak terasa. Suka hati la dia nak cakap aku cantik ke buruk ke? Tapi bila check email baru 2 hari lepas, 90% aku rasa comment lepas geram jer tu. Kan aku ada tulis berkaitan cikgu shida & video miming baru2 ni. Tetiba video aku yang dah bertahun tak penah dapat comment.. ada lak comment. Well.. bukan tuduh tapi jawapan semakin pasti.

Tak tau tetiba tak bleh log in.. site maintenance katanya

Aritu aku ada gak letak video tu kat blog ni tapi aku dah buang semalam masa kemas2 blog ni. Dah semak sangat blog aku buang la apa yang tak berkenaan sebab ikut tips yang Ben Ashaari bagi. Secara tak sengaja lak tu.. Tup.. Tup arini baru terperasan comment tu kat email aku. Mesti manusia tu ingat aku terasa or takut di kutuk. Takde maknanya. Apapun.. comment la apa yg korang rasa, pada aku takat benda2 camtu masih berselera aku makan. Tak menjejaskan kestabilan politik negara mahupun keamanan bumi. Apapun thanks la sudi comment. Akhirnya ada juga orang sudi view video dalam arkib aku tu.

 Kepada pengkomen itu.. tengkiu sebab bagi aku bahan untuk menghapdet blog

3 comments:

  1. hmm...anugerah allah ni semuanya cantik..!xde yg x cantik..

    ReplyDelete
  2. tu la tu.. x kisah la org nk ckp apapun. cantik & buruk pd penilaian stp org x sama...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com