IBU KUAT MAKAN DI DAKWA NYANYUK
Arini agak awal membelek HM online so, ada artikel yang berkesinambungan dari artikel semalam yang aku kupas kupis tentang 9 anak yang buang ibunya dengan alasan kuat makan. (entry semalam >> TAK MAMPU BELA IBU KUAT MAKAN )
Dah 1 Malaysia kutuk, keji, marah, caci, maki & simpati.. baru la Si anak yang bongsu datang ke pusat jagaan warga emas tu memberi penjelasan. (clik di sini untuk membaca artikel >> ABANG TAK AMANAH )1st thing isu duit pencen arwah ayah dia. katanya, bukan semua 9 beradik tu kebas duit pencen ayah dia tapi sorang abang dia yang pelahap je buat camtu. Siap dengan pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
si anak bongsu ni cakap mak dia dah tua & nyanyuk.. so, apa dia cakap tak boleh terima 100%. Ye ker?? Entah la kan?? Kalau nyanyuk.. Mesti orang - orang kat pusat penjagaan tu tau keadaan si ibu tu tapi artikel semalam takde pun highlight yang orang tua tu nyanyuk. Apapun korang je tau apa betul apa yang salah.
Sekarang Si ibu tu telah di bawa pulang kerumah anaknya di Masai. Menurut anak bongsu tu dorang pun belum decide nak hantar si Ibu kat rumah orang tua2 lain or nak jaga sendiri. Dengan alasan ibunya perlu penjagaan rapi kerana lumpuh, pernah di hantar ke pusat jagaan harian tapi kos nya mahal, rm1200 sebulan.
kesinambungan kisah semalam
Tetap muka depan HM gitiew
Maybe nak tutup kesalahan sendiri di tuduh ibu nyanyuk.
Yang menjadi persoalan.. kenapa sampai kuar muka depan paper baru menjelma si anak menuntut ibu & membuat penjelasan?? Kenapa baru tahu si abang menyeleweng guna pencen arwah bapak yang sepatutnya menjadi hak ibu setelah semua orang tahu?? Sungguh caring yer anak - anak ini sampai 1 Malaysia tahu, baru dorang pun tahu apa yang berlaku. Kalau tak rasanya Ibu tu dok la kat situ makan hati. Sampai nak beli minyak angin pun takde duit. So, Uolls.. Fikir - fikir kan la. Apapun bagus la kisah si ibu ini mampu buat anak - anak dia sedikit celik. Moga Si Ibu tidak lagi di biarkan kat rumah orang tua - tua.9 ORANG ANAK tolak SORANG ABANG YANG TAK AMANAH bahagi DENGAN RM 1200 = RM 150 per month for 1 person >> Tapi kalau dah takde duit RM 150 pun jadi di luar kemampuan. Nak2 lagi anak perempuan yang dah kawen & tak bekerja. Tapi itu cuma calculation jer.
Hope takkan berulang lagi kes camni.. & si ibu akan berbahagia di samping anak, menantu & cucu cucunya. Amin
0 Komen Melekat:
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini