ILMU HITAM.. takde ke ilmu kaler lain
wah.. dulu - dulu kalau dengar kisah orang amalkan ilmu hitam jadi tak pelik.. & di era ini pun skang dah jadi tak pelik. Macam - macam tujuan orang yang mengamalkan ilmu hitam tapi dalam satu niat.. "Jahat"! Takde nye orang yang belajar ilmu hitam semata - mata nak tolong bina umah anak - anak yatim.. Besarkan masjid atau tolong bersihkan alam sekitar. Kebanyakkan semua nak jahanamkan orang.
Membelek berita utama HM online harini.. Wah gadis 18tahun dah berani guna ilmu kaler - kaler ni. Mesti masa kat skolah dia minat subject pendidikan seni, kan Uolls??? Menurut dalam artikel tu.. Gadis yang di panggil 'Ila' ni mengamalkan ilmu penunduk, yang di belajar dari bapak sedara nya untuk menundukkan para lelaki demi mendapat barang - barang mewah yang di kehendakinya (clik sini untuk membaca artikel :Gadis Di Ganggu Jin Ilmu Hitam ). Kesannya bila dia melanggar undang - undang Jin.. Maka Jin pun mengamuk.
Demi kepentingan peribadi dia sanggup melakukan sesuatu yang hukumnya 'Dosa besar'. Kenikmatan cuma sementara tapi kesannya yang terpaksa di tanggung bukan takat kat dunia jer.. Kat akhirat sok pun kena lagi. (Sekiranya dia tidak sempat bertaubat). Untuk apa kita nak amalkan ilmu2 camtu.. Sebab nak pakai beg jenama LV, suar jeans rome (merujuk kepada seorang yang pernah berlagak dengan brand2 tu.. kekeke.. padahal biasa jer aku rasa).. nak pakai perfume Dolce & Gabbana.. Apa salahnya pakai beg Benny.. Suar jeans Institute.. Perfume Shurah or follow me kalau itu dah takat kemampuan kita. Nak berlagak hasil kikisan duit jantan buat apa. Sanggup mengambil risiko dengan amalan2 kurafat.. Adakah ia berbaloi jika kenikmatan yang di kecapi hanya sementara. Semua barang - barang tu bersifat sementara.. Dah buruk.. Dah lusuh.. Dah abis sok dalam longgok sampah gak ia pegi.
Tu nasib baik jin tu yang mengamuk.. Bleh lagi panggil pengamal perubatan tolong ubatkan. Kalau jantan2 yang di kikis mengamuk tak ke kuar paper muka surat depan.. Mayat Gadis di temui berbogel dengan kesan kelar pada leher.. Tikaman pada perut. Dah sah2 tak sempat taubat.. So, pada kaum ku di luar sana. Jangan taksub pada barangan jenama sehingga sanggup buat benda - benda yang takde faedah & memudaratkan diri semata - mata nak miliki barangan yang berjenama di luar kemampuan sendiri. Alah apa nak kisah.. supermarket skang banyak sales. Time sales tu banyak barang2 branded yang diskaun. Time tu beli la. Tak perlu merendahkan martabat dengan di gelar 'Pisau cukur' hanya sebab nak pakai lipstik jenama loreal, set SK2.. & bagai lagi la.
Pada Uolls di luar sana.. Apa yang baik kita contohi, yang buruk sama - sama kita nasihat menasihati. Moga kisah ini kita jadi kan teladan untuk saling ingat mengingati. Semoga kita di jauhi dari melakukan perkara - perkara kurafat.
Berdamping dengan makhluk halus ni takde tujuan baiknya.. Pernah korang dengar orang suruh toyol gi kutip derma anak yatim?? Yang ada pegi songlap duit kat umah orang jer
MANDI...Abu Samah memandikan Ila kerana mendakwa jin yang berada dalam badannya enggan keluar meninggalkan badan.
Kalau kemampuan ko stakat minyak atar.. takyah la berangan Dolce & Gabana.. Ok apa minyak atar.. ikut sunnah
Jangan merendahkan martabat anda dengan gelaran seperti ini wahai wanita
Jauhi dari amalan kurafat.. Kalau sakit berkaitan gangguan.. Darulsyifa kan ada. Buat apa jumpa bomoh
0 Komen Melekat:
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini