KAU LAGI!!

10/28/2010 04:41:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

Lagi - lagi muka kau yang aku jumpa.. Dah bertahun aku rasa macam terlepas dari mimpi ngeri bila aku tak payah lagi tengok muka ko, serempak dengan ko or kena buli dengan ko, alih - alih ko makin dekat lak dengan hidup aku sekarang. Maybe dulu neraka bagi aku cuma kat sekolah, sebab kat situ la aku terpaksa mengadap ko & hadapi dugaan dari kesetanan ko. Kenapa la Tuhan asyik nak temukan ko dengan aku lagi. Kali ni seolah - olah nak dekatkan aku dengan ko! Gila! Setan pembuli aku nak jadi kakak ipar aku??? Aku tak yakin ko bukan lagi setan, tapi ko tetap setan. Aku harus selamatkan abang aku dari beristerikan setan bertopeng malaikat ni.

Tu dia salam dengan maki hamun orang.. ko kenapa??? Korang ni kan cepat sangat panik tau. Bila masa lak aku ada abang.. Kalau aku dah takde abang mana nak datangnya kakak ipar ni?? Tu umpama sinopsis midnite movie yang aku tengok dengan hubby semalam kat cathay cineplex the curve, damansara. YOU AGAIN. Korang dah tengok?? Pada yang belum gi la tengok. Cerita ni kategori comedi & drama. Not bad.. kira komedi dia bleh la buat kitorang gelak.

Alkisahnya seorang gadis bernama Marni agak skema, hodoh, berspek mata besar,berjerawat & sering di buli oleh Joana, ketua pasukan sorak di high school. Abis jer skolah di marni success dalam study & berjaya memegang jawatan tinggi. Nak di jadikan cerita masa dia nak balik bercuti untuk perkahwinan abang dia William, baru dia tau bakal kakak ipar dia adalah orang yang sering membuli dia masa di high school dulu. Dia tak yakin Joana dah berubah, so demi menyelamatkan abangnya dari berkahwin dengan pompuan pembuli tu dia buat satu plan yang buat segalanya jadi kecoh sehari sebelum William & Joana di ijabkabul. Pada masa yang sama.. Makcik Joana baru tau yang Mak si William & Marni ni musuh dia masa high school juga walau pada mulanya dorang ni bestfriend. Kalau korang nak tau perjalanan cerita & kesudahannya jemput la ke pawagam berdekatan yer.. Tapi takde tayangan amal, so kena beli tiket. Nak murah jangan pegi hari minggu.

Selain unsur - unsur kelakar yang mampu buat korang gelak.. paling - paling pun tersengih cerita ni juga menerapkan mesej2 yang baik.. seperti hubungan kekeluargaan, saling lindung melindungi adik beradik & apa yang penting cerita ini menekankan mesej bahawa tak salah kita memberi peluang pada musuh untuk berbaik. Jangan menilai orang dari sejarah silamnya kerana semua orang boleh berubah. Beri peluang & jangan menghukum seseorang kerana kesilapan lalu.

Apapun cerita ni takde langsung unsur sex yang melampau.. Atau adengan romantis yang keterlaluan. Sesuai di tonton seisi keluarga. So, pada yang ada anak - anak kecik takyah was - was nak bawak anak pegi tengok cerita ni. Apa lagi.. tengok jangan tak tengok.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com