KENA CERAI TALAK 3 SAMBIL BERMANDIKAN AIR KENCING SEBAB MASAK TAK SEDAP

Pagi - pagi lagi dah menjenguk HM Online.. Bukan niat hati nak copy & tampal semua cerita dari HM tapi bila dah baca ada yang menarik nak di kupas - kupis makan jari pun berpuaka la kat sini.

Punca aku menaip laju.. dengan bantuan jari2 puaka

Pada Uolls yang dah selak HM harini pasti dah baca kisah Isteri kena kencing, lepas tu di ceraikan dengan talak tiga gara - gara masakan dia tak menepati selera suami. Tajuknya pun dah bunyi kejam apa lagi bila membaca artikel ini (clik untuk baca : Kencing muka lafaz talak tiga ). Tak tau jantan spesis apa mamat tu kan?? Apa yang merumitkan lagi perkahwinan dorang kat oversea gitiew (maybe siam) tanpa di daftarkan kat sini. Pasti merumitkan proses penceraian walau dah di ceraikan, kan???


Menurut maklumat dalam HM lagi kadang - kadang wanita tu di belasah dengan sebab - sebab yang tak logik macam lewat buka pintu bila laki dia balik. Wanita tu pernah melarikan diri sebab tak tahan dengan perangai laki dia mengalahkan raksasa tu tapi bila di pujuk2 dia balik & selepas 2 minggu pulang ke pangkuan suami kejadian yang sama berulang kembali. Yelah.. nak salahkan dia pun tak boleh. Bila dah terikat dengan ikatan suami isteri sebolehnya mampu ikatan tu berkekalan. Nak - nak lagi bersusah payah dorang kawen oversea tapi suami yang di sangka insaf rupanya pelakon serba boleh.

 Kalau spesis raksasa kena kawen dengan ultrawoman jer.. baru ada akai kena fire hari - hari. Isteri tak masak, ko yang rentung

Apapun wanita itu dah terlepas dari neraka dunia bila raksasa itu menceraikannya. So moga kehidupannya selepas ini akan lebih baik & moga apa yang menimpanya di jadikan panduan untuk masa depan. Duhai para suami.. Ingatlah isteri adalah peneman mu dunia & akhirat (Insyaallah). Mereka di jadikan dari rusuk mu bukan untuk menjadi raja, bukan juga untuk menjadi hamba tapi untuk di jadikan pendamping setia hingga ke akhir hayat. Wanita dijadikan daripada tulang yang bengkok lagi lemah, mereka perlu kepada pimpinan yang halus tetapi tegas. Hargailah & lindungilah Isteri anda seperti mana mereka menghargai & melindungi kehadiran anda dalam hidup mereka.

Semoga wanita itu menemui lelaki yang mampu membahagiakannya

Comments

  1. nak buat camna shiema.. nasib org x sama.. at least raksasa jadian tu dh ceraikan dia so terlepas la dia dr neraka dunia

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

Popular posts from this blog

AZURA DARI BELUNCAS

LAGI ISU BLOGGER MAKI HAMUN DALAM BLOG

KENAPA DULU TUALA WANITA DI PANGGIL MODES?