MENULIS PERASAAN PADA DINDING
Masa kecik bila conteng dinding siap kena rotan ngan mak. Lebih2 lagi dinding yang baru cat. Nak2 lagi time dekat nak raya. Tapi aku selalu conteng dinding bilik aku. Macam2 la aku lukis. Time tu dah sekolah menengah. Mak aku tak kisah. Bilik aku time tu penuh dengan poster artis yang siap ada tandatangan. Bukan amik dari majalah tau! Masa aku belasan tahun memang aku suka sangat gi tengok promosion show artis yang buat road tour. Time tu la nak amik autograf. Yelah zaman budak2 kan?? Lagipun aku bukan membesar di kota raya, bleh slalu serempak dengan artis macam sekarang. Tapi sekarang tengok artis.. hurmm... takde hati dah nak minta autograf. Zaman dah berubah. Dah tak fanatik sangat walau aku memang gemar baca cerita & gosip pasal artis ni.
Yang aku nak kupas kupis berkenaan tajuk entry aku "Menulis Perasaan Pada Dinding" bukan la di dinding rumah, dinding bus stop, dinding2 tempat2 awam.. Kita nak cerita cerita pasal dinding Facebook. Sapa takde facebook sekarang agak pelik.. tak kira kanak2 besar kuman sampai la atuk di pinggir kubur. Kebanyakkan semua dah ada account facebook, Betul tak?? Ada satu dua kerat yang takde tu.. Biasa la! Maybe diaorang kurang berminat dalam aktiviti alam maya ni.
Melihat trend masa sekarang menulis perasaan dekat status 'Wall" tu dah jadi perkara biasa. Kadang2 benda remeh temeh yang isunya agak kebayian pun nak tulis. Contoh.. Hari ni aku kuar ngan bf aku.. Pastu selang bapa minit. " Bf aku buat hal lak.." Tak sampai bapa second dah update lagi "Bf aku dah ok lepas aku pujuk". Kadang2 nak gelak.. Kadang naik semak. Tak kurang juga menjadikan ia medan untuk meluahkan perasaan yang agak privacy kalau bagi aku la. Contoh.. "Suami aku main kayu tiga, kantoi kat hotel dengan awek dia". Tu kan dah membuka rahsia rumahtangga. Agak kurang manis. Ada jugak yang jadikan ia satu gelangang pergaduhan. Terutama politik, hubungan dengan rakan2.. & juga kekasih & sebagainya la.
Kalau korang nak tau ni la sebahagian dinding bilik aku tapi bukan bahagian yang aku conteng.. siap ada bendera malaysia. patriotik kan aku?? Ni bilik masa zaman aku sekolah. Bilik tu pun dah takde. Dah upgrade jadi cam lain skang.
Dah lewat ni pokcik nak gi cc jab check pesbuk.. add ler pokcik yer
Ni salah satu contoh menulis guna kepala lutut.. Isu ni penah jadi hot tak bapa lama dulu
Kalau kes camni lak maybe dia silap wall... Nak update status
Bila dah silap wall.. terus menerus menjebakkan orang lain mensilapkan diri dalam pencontengan itu
0 Komen Melekat:
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini