ORDER LAMBAT SAMPAI MENCETUSKAN PEPERANGAN
Tapi yang tak best tempat tu.. nak amik order pun lambat apa lagi nak tunggu order sampai. Dah tu tak sistematik langsung. Yang dulu jadi kemudian.. Yang kemudian lak di dahulukan. En Hubby aku ni jenis tak suka tunggu lama - lama. Dah lambat sangat dorang amik order maka dia pegi order sendiri. Ok la bab tu.. Yang nak di jadikan kisah kat sebelah kitorang ada couple ni. Kiranya masa kitorang sampai dia dah terpacak la kat situ. Bermakna dia dah lama datang. Sambil tunggu - tunggu dorang borak2 macam biasa.. kejab senyum.. kejab ketawa. Loving couple la katakan. Akibat terlampau lama sangat dari topik yang gelak dah jadi isu hotfm sampai menyebabkan ada pentengkaran kecil. aku tak pasti sangat walau yang si gadis tu suara nya agak jelas la dengar. Tapi tak amik pot apa dorang bualkan pun.
Dah la mula jadi perang mulut.. tup - tup order kitorag sampai dulu sebelum dorang walhal dorang lagi awal memacakkan diri kat situ. Maybe sebab perut lapar.. tengok lak order orang lain sampai dulu, Si gadis mula naik angin. Pulak tadi si jejaka dah kuarkan isu hangus yang menyebabkan si gadis bertukar kaler ijau makin ijau (hulk) la dia. Sampai ajak bf dia blah tapi bf dia sabarkan kot. Tak lama lepas tu order pun sampai. Dorang terus berborak sambil makan dengan senyuman balik.
Moral dari cerita ni.. si gerai haruslah lebih systematic. Bila jadi benda camtu customer akan rasa tak puas hati. Dah la order lambat sampai, nak2 orang yang datang selepas dorang datang lak dapat dulu. Eden pun naik minyak camtu! Satu lagi bila lapar.. tolong si couple jangan nak buka topik2 yang bleh memanaskan telinga & bontot si pasangannya k! Kadang - kadang benda tu kecik pun bleh jadi isu. Yelah.. perut tengah lapar kan, orang lak dok cakap bukan - bukan. Tak makan lempeng makan lempang pulak. Pada empunya gerai.. alert bab amik order. susun order tu mengikut Q yang betul. Kalau tak silap haribulan kena orang yang panas baran tak pasal2 di bayar dengan maki hamun. Apapun.. Rasanya itulah kali 1st & last makan kat situ. Berbaloi kalau tunggu lama sekiranya ia hingga lazat hingga menjilat sudu tapi amat la hampeh andai sebaliknya terjadi.
hu3..beznye mam ckteaw..tp sakit pewot plak..he3..
ReplyDeletecma pon pnah jd cenggini..
erk..mmg xmo jejak dah kt kedai kitorg g tuh..