PAPA.. I'M SO TOUCHING
PAPA juga ada membela seekor anjing yang di punggut semasa kecil dengan keadaan berulat di mulut. Anjing tu namanya Aman. Kini Aman dah besar, cantik & comel. PAPA juga membela seekor kucing yang bernama Amin yang berkurap & berkudis di badan. Tapi sekarang kurap & kudis Amin dah hampir sembuh. Dan PAPA juga ada membela seekor lagi kucing bernama Adik yang matanya dah buta & tak dapat di selamatkan lagi. Banyak kucing - kucing PAPA yang hasil dari kucing - kucing terbiar yang di kutip untuk di beri kehidupan yang lebih sempurna.
Betapa besarnya nilai kemanusia beserta minat kepada haiwan dalam diri insan bergelar PAPA ni. Tak semua orang sanggup untuk melakukan demikian. Betapa murahnya rezeki PAPA kerana sentiasa ada sumber untuk menampung kos kepada kucing - kucing terbiar ini. Siapa PAPA?? Aku tak kenal dirinya secara peribadi.. Tak pernah berbual malah cuma baru semalam aku berkenalan dengan blog nya. Namun aku yakin PAPA adalah insan yang berhati mulia & penuh kasih sayang dalam dirinya. Andai ada peluang ingin sekali aku menjenguk rumahnya. Melihat sendiri bagaimana dia menguruskan anak - anak kesayangannya itu.
Mari kita renungkan bersama.. Kita sanggup berhabis duit membeli kucing - kucing yang mahal, hamster2 yang tak kurang tinggi kos nya untuk di miliki (hamster2 yang mahal la) tapi berapa orang di antara kita sanggup melakukan kebajikan seperti PAPA?? Malah ada yang sanggup menyepak kucing - kucing terbiar bila datang mengesel di kaki meminta sedikit makanan bila kita sedang makan dia kedai, gerai ataupun restoran. Malah ada yang memandang jijik pada kucing - kucing berkudis, berkurap, berulat bila kucing itu lalu di sebelah kita. Berapa kerat sangat manusia seperti kita yang sanggup memberi makan pada kucing terbiar walau di rumahnya ada kucing - kucing yang berbulu tebal & comel di beri makan makanan yang mahal. Paling menyedihkan.. ada di antara kita yang bernama manusia sanggup menyiksa haiwan - haiwan ni. PAPA adalah insan yang terhebat bagi aku. Moga niat murni PAPA akan di hitung di hari pembalasan nanti. Moga anak - anak yang PAPA punggut itu mendoakan PAPA dia beri kebahagian dalam dunia & akhirat & di murahkan rezeki.
Walau banyak video - video penderaan haiwan yang di sebarkan secara meluas sekarang takde satu pun aku sanggup menonton. kenapa??? Sebab aku lebih tersentuh bila melihat & aku akan mengambil masa yang lama untuk melupakan sebab itu aku takkan melihat. Aku tak sampai hati. Kepada manusia2 durjana itu aku harap mereka sedar & segera la bertaubat.untuk PAPA yang hebat itu.. tabik springg buat PAPA. U're the greatest PAPA.
tabik springggg kt papa..smoga beliau terus mmperjuangkan nsb2 haiwan yg x terbela..
ReplyDelete~sgt suka pd haiwan..pernah mngutip kitten lam longkang,bawa balik umah..mama tlg mndikan wangi2 n bg dier mamam.thn lepas die dh bawa haluan sndiri..(dpt boypren trus hilang)we call her gbam..
mnela die skrg..(T_T)
seronak baca blog PAPA ni shiema.. penuh dgn cerita anak2 dia yg comel..
ReplyDeletei pun pengikut setia blog dia jgk .. tp dy jrang2 update .. sdg mnunggu entri terbaru dr dia neh ...
ReplyDeletetu la pasal.. tunggu2 gak entry baru. bz agaknya
ReplyDelete