Layakkah manusia itu bergelar seorang?? Arghhh.. terlalu lembut untuk ku panggil seorang, malah rasa macam tak layak juga di gelar seekor manusia sebabnya hatinya seperti iblis & jiwanya juga bagai syaitan. Biar pun aku agak lambat mengikut kisah makhluk Tuhan yang di kejami oleh satu manusia yang berhatikan iblis & berjiwakan syaitan ni namun aku tetap nak kongsikan kisah & pandangan aku kat blog ni.
HERO YANG DI KEJAMI
Pada mulanya aku amat takut untuk membaca kisah si Hero yang di tulis Papanya di dalam sebuah blog sebab aku tahu pasti terpahat satu kisah yang amat pilu. Sebolehnya aku tidak mahu tahu sebabnya.. Aku tak sanggup! Aku tak sanggup untuk membayangkan atau melihat kekejaman manusia pada seekor haiwan. Pasti aku menangis & sukar nak lupakan apa yang aku lihat & Baca. Namun, aku ingin tahu juga.. Apa yang berlaku di sebalik dua kaki depan Hero yang kudung. Bagai di sentap.. Airmata bertakung.. terbisu seketika. Ya, Allah betapa kejamnya makhluk yang paling sempurna ciptaan Mu, yang di kurniakan akal & fikiran menghukum seekor kucing begitu hanya kerana mencuri makan seekor ikan di restorannya. Tak terbayang betapa derita Hero.. Betapa dia menahan sakit takhkala itu.. Mujur ada insan mulia seperti PH (PAPA HERO) membawa pulang HERO selepas dia di buang dalam keadaan yang menderita. Dimana kakinya masih merah dalam kesan darah selepas di potong. Di jaga & di ubati sedaya yang ada. Sehingga Hero sihat & hidup dalam penuh kasih sayang walaupun dia tidak lagi sempurna.
Ya, Allah.. ku pohon pada Mu balasan setimpalnya pada manusia itu.. Moga pembalasan itu menginsafkan dia & perkara itu takkan berulang lagi kepada makhluk2 lain ciptaan Mu di dunia ni. Moga tiada lagi haiwan - haiwan lain menjadi mangsa & menerima nasib seperti Hero. Moga balasan itu setimpal penderitaan yang di tanggung Hero. Amin...
P/s : Aku tak dapat mengulas panjang.. Hati ku bertambah sebak bila menulis kerana fikiran pasti terus menerus membayangkan bagaimana deritanya Hero. Itulah sebab aku tak mahu langsung membaca atau melihat video - video haiwan di kejami. Sesungguhnya aku tidak kuat untuk membayangkan penderitaan mereka. (Clik disini untuk membaca kisah Hero :
Kisah Sebenar Antara Aku Dan Hero )
sedih sgt2.. lya anti kalo org buat sesuatu pd kucing.
ReplyDeletesedangkan makhluk ini pon akn mendoakan kita di akhirat kelak. kucing juga haiwan kesayangan nabi..
lya syg kucing.. xleh tgk org buat kejam pd kucing.. lya sendiri ada mbela kucing,,,
mmg org y mbuat bgitu pada hero bukanlah manusia... tapi lbih teruk drp haiwan.. ada akal tp x mampu mggunakan.. sedihnya
lya.. manusia kalau dah takde perikemanusiaan akan lebih hina & kejam dr haiwan.. hanya kerana seekor ikan.. bygkn dia yg lapar mencuri sebuku roti & di potong tgn. Alhamdulillah Hero di temukan Allah dengan insan yg mulia.. Penderitaan yang di tanggung hero di balas dengan kebahagiaan skrg.. Walau keadaannya cukup menyentuh hati sesapa saja yg melihat. Setiap comment or teringat Hero, mesti mata berkaca.. Ya Allah.. limpah kurniakanlah rezeki buat Hamba Mu yang mulia itu untuk terus membela nasib hero & rakan rakannya
ReplyDelete