SEKIAN LAMA MENANTI.. 20.10.2010 AKHIRNYA AKU DAPAT KEMBAR 3

10/20/2010 04:12:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

Tak dapat nak gambarkan perasaan aku. Dapat kembar 3 tu.. Maka bertambah la ahli keluarga. Kena la beli umah besar skit pasni. Mula la tu korang nak muncung tepi telinga masing - masing. Bila tengok Daisypath kat blog aku.. Usia perkahwinan baru je 5 Bulan 3 minggu 1 hari.. tetiba dah dapat anak. Kembar 3 lak tu.. Ada aku kesah??? Orang nak cakap apa pun cakap la janji aku bahagia dengan hubby tercinta.

Anak - anak cacingku membesar dalam perut

Mengelabah jer Uolls ni kan.. Kembar 3 yang kuar tu bukan dari perut aku. Perut aku memang la ada anak.. Tapi cuma anak - anak cacing gitiew!! Yang aku dok canang kat Uolls sal hamster aku ni ha. Baru lahirkan 3 baby yang comel hari ni. Baru terperasan tadi. Tak sangka tak mandul hamster aku tu. kekekekeke

dia sorokkan anaknya bawah badannya sambil tido.. So, tak nampak la (Ini Yang bersaiz sederhana)

Lama dah aku bela hamster tapi tak jugak beranak pinak. Rupanya dulu aku bela sepasang gay.. kekekekeke. Yang aku bela dulu dua2 jantan. Tapi sekor tu dah hilang tanpa jejak masa aku balik bercuti panjang (nikah) kat kampung. So, hubby beli lagi sepasang.. Kali ni di confirmkan oleh tuan empunya pet's shop tu jantan & betina. Yang dulu hubby beli dari orang pakej skali dengan case. Mula - mula ada 3 ekor hamster bersaiz kecik (tak tau apa jenis), 2 ekor besar (pun tak pasti keturunannya). yang 3 kecik2 tu di asingkan.. sebab suka gaduh.. 2 yang besar di letakkan dalam satu case. Tapi tak juga beranak. Rupanya dua2 jantan. Pastu hubby beli lagi 2 ekor bersaiz sederhana.. (tak tau la apa keturunan dia), baru la menampakkan hasil.

Hamster aku yang paling besar rupanya lebih kurang camni.. (hamster yang penah aku gay kan satu ketika dulu)

Aku tak tau nak buat camna aku asingkan ibu yang baru beranak tu dalam tempoh berpantang ni. Takut yang lain pijak2 lak si kecik tu. Aku pun takde pengalaman jaga bayi hamster ni.. Aku lak mengelabah lebih dari hamster. Tergolek2 aku tengok baby2 tu. Apapun aku harap baby2 tu membesar bagai juara.

 Ni lak yang paling kecik.. rupanya lebih kurang camni

6 comments:

  1. teringin sangat nak bela hamster..tapi kucing kat rumah banyak pulak..takut kena makan ngan kucing nanti..

    ReplyDelete
  2. letak dalam case, kunci rapat2.. jgn lepas. confirm kucing tak geget.. kucing selalunya benda baru dia akan excited skit tp bila lama2 dia pun dh jemu dia akan buat x kisah jer

    ReplyDelete
  3. insyallah..sue..ade rezeki utk ade bby tu nnti..cma pown tggu 3 thn bru dpt hasil..hu3..
    hamsterrrrr.....!!sooomell sgt..cam tuan die..ee..comelnye..nk picit2 jer..he3..tlg picitkan leh x..yg paling gebuuu tu....plz3..
    -huhu3..cma x leh nk bele hamster.hubby alah ngan spesis bbulu nieh..:(

    ReplyDelete
  4. itu la tu.. Semuanya bergantung pada rezeki shiema. sabar je tunggu.. tunggu punya tunggu kuar anak hamster, kan??? kekekeke... x leh picit2 baru pas kena gigit. Hamster tu meroyan lak tak tau apa kes. tgh search ni.. kalau manusia senang anta gi spital jer.. ni hamster

    ReplyDelete
  5. aloh...cian kne geget..he3..geget hmster tu balik..meroyan??apekah..hu3..try search lg..

    ReplyDelete
  6. ntah la shiema.. agresif semcm jer.. maybe dia x biasa dgn case baru kot.. slalu ada teman.. ni kena tggl sorang2 ngan baby dia jer.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com