SI KEMBAR KU KINI TUNGGAL

10/26/2010 06:08:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

Ku sangka tiga rupanya empat.. Yang satu lagi tak perasan terselit celah kulit kacang. Ni hubby aku punya keja dera hamster2 aku makan kacang. Nasib baik malam tu aku dengar bunyi tangisan kecil.. kalau tak dah arwah walau hayatnya juga tak panjang. Alkisah dari entry yang lepas.. ( clik untuk baca entry lalu : SEKIAN LAMA MENANTI.. 20.10.2010 AKHIRNYA AKU DAPAT KEMBAR 3 )

Ni la hamster yang beranak & tak pandai jaga anak tu
 
Satu demi satu pergi meninggalkan aku. Apakan daya sudah tertulis mereka hadir seketika cuma.. Ni mak dia punya pasal!! Tak pandai jaga anak. Last - last tinggal satu jer.. Nampak sihat. Itu je harapan aku nak tengok dia membesar bagai juara sebab ini kali pertama aku ada baby hamster. Tadi aku bersihkan penginapan dorang.. tengok si kecik tu nampak aktif. Dah laju berjalan. Tak tergolek2 lagi. Sungguh comel walau blom berbulu. Mak dia pun sama.. Asyik nak kuar dari case je.. apa kes?? Dia macam kurang menyanyangi anak - anak dia. Masa mula - mula aku asingkan lepas dia bersalin meroyan jugak. Nak bawak anak dia masuk case bersama ayahanda baby tu. Mana bleh.. Kang digigitnya si kecik tu. Dah lama - lama skit kurang la meroyan tapi macam nak tak nak jer dia jaga baby dia. Aku pun tak paham sangat perangai hamster.

 Kalau Uolls yang tak penah tengok.. camni la rupa baby hamster tapi bukan hamster aku la

Apapun dari empat tinggal satu.. Nak buat camna. Takde rezeki. Sedih juga.. Hari2 aku tengok progress dorang. Menurut info, kadang - kadang ibu hamster akan makan anaknya sendiri tapi hamster aku skit pun tak cuit daging anak dia just dia  kurang kemesraaan jer. Dia jaga pun gitu - gitu jer. Takpe maybe 1st time dia jadi mak.. So kurang pengalaman. 2nd time kalau dia camtu gak memang sah - sah hamster ni just nak bersosial je taknak ada komitmen yang melibatkan kekeluargaan. Nak kena hantar pegi kaunseling le camtu. Hope yang satu akan kekal satu.. Jangan lak jadi 0. kang den yang meroyan.

Baru aku tau hamster aku yang camni rupanya jenis syrian.

1 comment:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com