TEATER BANGSAWAN BUNGA SAKTI CINTA MALAM

10/10/2010 11:32:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

Dah lama aktiviti teater ni terhenti.. Yelah bulan posa mana ada teater nak tengok teater mendanya. Cam biasa teater tiket yang berharga RM 5 bertempat di panggung Bandaraya DBKL, kuala lumpur.. sejak 8hb sehingga 10hb mempersembahkan teater bangsawan bunga sakti cinta malam. Hasil tulisan akak yang aku gemari ni.. Lenny Erwan.

Ni la rupa Akak Lenny Erwan seorang tenaga pengajar kat Aswara kalau tak silap

Cerita ni bertemakan cinta 100%.. 100% ker.. maybe 99% yer. Sebab dari awal sampai la babak last semuanya berkisarkan tentang cinta jer. Cinta2 ni memang la aku kurang minat skit dalam slot2 & pentas yang cantik buat aku suka la jugak tengok. Aku tak berapa ingat nama2 watak dalam cerita ni tapi watak2 utama seperti Aura, Lisa, BooBa, Laksamana DaDiDang aku bleh la ingat. Uolls semua gadis2 dalam watak penting cerita ni totally comel2 & sihat2 belaka. Tak tau la napa.. Maybe nak menciptakan kelucuan dalam cerita ni kot. Tapi hero2 lak alahai.. kecik molek semuanya.

Kisah ni berkenaan sebuah negera yang di beri nama kerajaan Di kaki langit yang mengamalkan undang2 bahawa jodoh anak gadis haruslah di tentukan oleh ayahandanya. Sekiranya anak gadis ni membantah & taknak ikut cakap bapak dia, hukuman yang di kenakan adalah mati. Bayangkan Uolls kat Malaysia ni hukuman dia camtu. Rasanya setengah dari gadis dalam Malaysia ni kena hukuman mati kot sebab kebanyakkan semua kawen atas pilihan sendiri & berlandaskan cinta. Kan Uolls???

Lisa anak kepada Menteri Utama kerajaan Di Kaki Langit ni alkisahnya di cadangkan Raja untuk di kawenkan dengan seorang panglima gagah perkasa Panglima Dadidang tapi Lisa dah ada pakwe la namanya Booba. Sebab menentang jodoh yang di tentukan ayah dia.. Lisa telah merancang nak lari dengan pakwe dia Booba. Rancangan tu di annoucekan pada member baik dia Aura. Dalam pada masa yang sama Aura lak suka kat Panglima Dadidang. Apa lagi On terus la si Aura tolong Si Lisa dengan Booba larikan diri.

Selain kisah kerajaan Di Kaki Langit ni.. Kisah Pari2 lak.. Watak2 Raja & ratu dunia pari2 ni aku tak ingat. Yang Ratu tu... Di jayakan dengan jayanya oleh Cucu Allahyarham Tan Sri P.Ramle iatu Nadia Nasir P.Ramlee. Lucu jugak wataknya. Tetap gadis chubby gitiew... Raja Si Pari2 ni nak tolong la manusia2 yang dah rosak jiwanya dek kerana cinta. Sanggup mengetepikan mak bapak & Undang2 negara demi cinta ni. Tapi Si Cicak ntah apa nama wataknya aku lupa pembantu Raja Pari Pari ni yang buat keadaan kacau bilau. Ceritanya raja pari2 ni suruh la kadam dia pi cari bunga sakti cinta malam. Bunga tu magiknya jika di titiskan airnya ke mata seseorang bila bangun dari tidur dia akan jatuh cinta pada orang pertama di lihatnya. Yang si kadam ni bila dapat bunga tu Raja pari2 perintahkan la dia pi jalankan tugas untuk menyetelkan masalah Lisa, Booba, Aura & Panglima Dadidang ni. Pada yang sama Raja Pari2 ni pun ada masalah dengan bini dia Ratu pari2 yang merampas tali pinggang sakti yang membolehkan pari2 menjelma di depan manusia selepas kawen sebab cemburu & takut laki dia curang pastu ngorat puteri2 manusia yang lagi cun dari dia. Raja ni rasa tercabar la sebab sejak kawen dia yang dulunya Raja yang hebat terpaksa hidup di bawah telunjuk bini.

Masa Lisa & Booba melarikan diri, Aura di soal siasat oleh Panglima Dadidang bila kantoi terserempak dalam hutan tengah2 malam. Lisa lak auta bapak dia sebelum lari dengan pakwe tido umah Lisa. Alih2 panglima Dadidang jumpa Aura sorang2 dalam hutan. Maka kantoi la. Bila dah kantoi si Panglima Dadidang ngan member dia cepat2 la pi cari Dua pasangan bercinta ni. Aura yang masa tu gelabah & mengenangkan dia syok kat panglima Dadidang ni pun ikut skali pi cari Lisa & Booba.

Kadam cicak ni ala2 blurr & bengong skit..Masa kepenatan, Lisa & Booba berhenti la berehat kejab untuk tido. Yang awal2 tertido si Booba pastu Lisa mohon diri kejab. Tak tau la dalam cerita tu tak cakap pi mana. Si kadam Raja pari2 ni pun mulakan tugas. Di titiskan air dari bungan sakti cinta malam ke mata Booba tapi di serunya Aura datang. Sebaik buka je mata Booba di lihatnya Aura, maka jadi angau la si Booba kat Aura. Distulah bermulanya keadaan jadi huru hara. Dalam pada masa yang sama, Masa Aura melarikan diri dari Booba yang tiba2 angau dengan dia, terserampak lak dengan Panglima Dadidang yang tiba2 pengsan dalam hutan. Panglima Dadidang sebenarnya di pengsankan oleh kadam raja Pari2 ni untuk di titiskan air dari bunga sakti cinta malam.. Bila bangun panglima Dadidang tengok Aura, dia pun skali ikut angau kat Aura. Makin kacau bilau bilau bila Booba & panglima Dadidang berebut2 Aura sementara Lisa jadi pelik tiba2 keadaan jadi camtu. Pakwe yang dok syok kat dia selama ni, dengan tak semena2 gila kat kawan baik dia Aura. Lisa mula syak Aura cuba tikam dia dari belakang, Yang Si Aura plak pikir Dorang semua sengaja nak kenakan dia sebab dia cuma gadis biasa bukan anak orang kenamaan so senang la orang nak gula2 kan dia.

Akibat kebangangan Si Kadam Raja Pari2 tu mengamuk la Raja Pari2 kat Kadam dia bila tengok keadaan jadi kacau bilau walau niat Raja ni cuma nak bagi keadaan tu jadi baik. Pada masa yang sama Si Ratu pari2 turun ke dunia manusia dengan memakai tali pinggang sakti yang membolehkan dirinya di lihat manusia. Akibat penat berjalan2 si Ratu tertido. Semasa keadaan jadi haru biru unggu kelabu antara Lisa, Booba, Aura & Panglima Dadidang Raja Pari2 terpaksa menidurkan semua untuk menyetelkan masalah. Di kesempatan yang ada dia suruh la kadam dia titiskan air dari bunga sakti cinta malam tu kat mata bini dia dengan plan lepas bangun sesapa je yang pertama bini dia tengok bini dia akan jatuh cinta & then dengan kuasa cinta itu Raja pari2 akan ugut bini dia supaya bagi balik tali pinggang dia tu.

Cerita semasa Ratu Pari2 ni tertidur ada sekumpulan ala2 senario gak la tengah buat latihan untuk persembahan malam persandingan Raja kerajaan di kaki langit. Di ketuai oleh mamat yang bertubuh gempal jugak lupa watak dia nama apa. Raja dah buat plan.. dia tidurkan semua ahli kumpulan ala2 senario ni lepas tu di bangunkan. Dia jadikan yang si gempal ketua kumpulan tu separuh manusia berwajah haiwan. Rupa cam kancil jer aku tengok. Bila dah bangun, bila anak2 buah dia tengok muka sifu dia camtu pakat lintang pukang la lari ketakutan. Di kesempatan itu, Raja pari2 amik kesempatan bangunkan bini dia. Bila Bini dia bangun & tengok mamat gempal ni confirm la jadi angau sebab dia dah terkena air dari bunga sakti cinta malam. Terus la jatuh cinta & cinta menyintai. Si Raja Pari2 ni amik kesempatan time tu pi jumpa bini dia & tuduh curang. Si Ratu ni terpinga2, sebab dia dah lupa dia dah kawen & cuma angau kat mamat gempal tu jer. Raja Pari2 ugut nak bunuh mamat gempal tu apa lagi mengelabah la si Ratu pari2 & merayu supaya jangan di apa2 kan pakwe dia tu. Raja yang memang dah siap plan.. amik kesempatan minta tali pinggang tu sebagai pertukaran. Si Ratu pari2 yang terkena mandrem dari air titisan bunga sakti cinta malam tu, apa lagi demi mamat gempal yang dia angau tu dia bagi jer. Maka, kekuasaan Raja Pari2 itu kembali di miliki.

Setelah di settle kan hal bini dia maka raja pari2 menyetelkan lak hal manusia2 yang jadi huru hara akibat kesilapan kadamnya itu. Dia menormalkan kembali kepala otak dorang lepas tu bangunkan dorang semula. Selepas sedar & otak dorang dah kembali normal, Maka Panglima Dadidang membawa la semua pesalah2 itu mengadap Raja kerajaan di kaki langit. Kecewa yang amat la Si Bapak Lisa bila mengetahui anaknya lebih sayangkan pakwe dia dari bapak dia & sanggup mati demi kekasihnya itu. Raja lak dah buat undang2 barangsiapa mengingkari jodoh pilihan bapaknya maka mereka akan di hukum mati. Pada masa tu Bakal Ratu kerajaan langit menyibuk.. Bagi idea suruh bubalkan saja udang2 macam tu sebab kedengaran begitu tidak adil walau niat Raja buat undang2 camtu demi kebaikan Rakyatnya agar anak gadis tidak menderhaka pada ibu bapa. Namun melihat cinta gila Lisa & Booba tu Raja jadi tak sampai hati & bersetuju ubah balik undang2 yang dia buat. Maka Lisa & Booba dapat bersatu & Panglima Dadidang lak terharu dengan cinta Aura terhadapnya selama ni memilih Aura sebagai teman.

Camtu la kisahnya walau penceritanya tidak formal. Formal2 sangat kang rasa macam dalam mesyuarat PIBG skolah lak kan?? Mesej yang nak di sampaikan dalam cerita ni contoh seperti jangan derhaka pada mak bapak.. Raja haruslah adil & bijak menangani setiap masalah rakyat & paling penting cinta kadang2 boleh merosakkan akal & fikiran. Jom kita tengok pic2 yang sempat aku snap masa pementasan tu berlangsung. Tapi sizenya dah di kecikkan untuk memudahkan aku mengupload.

babak pertama

 Menteri2 kerajaan Di Kaki Langit
Yang berjubah tu mememainkan watak Perdana Menteri merangkap Bapak Lisa
Ni la watak Raja Kerajaan Di Kaki Langit

Babak Kedua
Ni time Lisa di bertahu bapaknya akan di jodohkan dengan Panglima Dadidang & Lisa cuba merayu bapaknya supaya tak kawenkan denga Dadidang tapi rayuanya di reject on the spot.
 Ni la kawan Lisa, Aura tetap chubby kan Uolls?? Lisa sedang mengadu dengan Aura & minta Aura tolong buat plan untuk dia larikan diri dengan kekasihnya Booba.

Babak ketiga
Kerajaan Pari2
Babak Keempat
Aura dok tolong Lisa Larikan diri
 Lisa & Kekasihnya Booba
Aura semasa kantoi dengan Panglima Dadidang & asst nya.
Babak kelima
Pergolakkan antara Raja & Ratu Pari2

Babak Keenam
  Semasa kadam Raja Pari2 nak jalankan tugas
Booba sedang mengayat Aura
Aura temui Panglima Dadidang pengsan
Panglima Dadidang mengayat Aura
Kekecohan yang berlaku bila Booba & Panglima Dadidang berebut Aura
Ni la kumpulan badut ala2 senario tu


Babak akhir
Raja Kerajaan Di Kaki Langit sedang menyetelkan masalah rakyat


Ni artis2 ASWARA yang membuat persembahan malam tu
Terpaksa aku buat kompilasi sebab tak larat nak upload satu2.. Yang di upload pun di antara yang terpilih jer.. Kalau nak upload semua jenuh den. Tu nasib baik teater blom sempat abis, digicam den yang abis bateri dulu. kalau tak mau banyak lagi den snap.

2 comments:

  1. terima kasih kerana sudi datang menyaksikan show kami....jika sudi, kami ada lagi show di sekitar aswara...

    ReplyDelete
  2. Insyaallah jika ada kelapangan sy & hubby akan pegi.. slalu jugak kitorang gi melangut tgk teater ni

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com