1st giveaway kasut tumit tinggi

11/03/2010 05:47:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

KASUT TUMIT TINGGI
 Wah 1st time nak join contest kat blog ni.. contest ni di anjurkan oleh http://leenasaffee.blogspot.com/2010/11/maka-berlangsung-nyer-1st-giveaway.html .Tak bapa pandai sangat tapi just try. Bukan sebab hadiah ke apa.. tengok macam best jer... Contest ni pun pasal kasut tumit tinggi nak share skit kenangan bersama kasut tumit tinggi

Masa tu umo baru 13 tahun.. baru berubah zaman.. Dari kanak - kanak ke remaja. Pada satu hari minggu tu kengkawan nak kuar gi town.. masing - masing bergaya dengan kasut tumit tinggi. Den mana ada kasut tumit tinggi.. Mana nak cari ni??? Yang ada sport shoes or kasut - kasut bertumit rata jer.. Apa lagi selongkar khazanah mak la.. sebab kaki mak kecik. Mak memang banyak koleksi kasut tumit tinggi.. Maka jumpa satu kasut tumit tinggi yang comel..

Apa lagi melaram tak hingat la.. 1st time pakai kasut tumit tinggi, jalan pun pelan - pelan. kekok & cover2 takut tersungkur. Lenguh Tuhan jer yang tau.. Tapi sebab taknak ketinggalan dek pasal kengkawan pakai kasut tumit tinggi, sanggup berlenguh bagai.. Masa jalan dalam supermarket.. apa lagi ketuk ketak la bunyi kasut. Tak tau nak cover camna dah.. sebab kasut tu walau kecik tp besar skit dlm 1/2 inci kot dari kaki.. Bila bunyi je orang pandang tapi buat2 over confident jalan jer...

Tiba - tiba dengar suara sorang makcik ni cakap.. Kecik - kecik lagi dah pandai pakai kasut tumit tinggi.. Yelah dia ingat aku budak skolah rendah. Walhal akak dah remaja tau! Dah skolah menengah la.. Dah tingkatan 1.. tak hairan la sebab aku kementot & nampak kebudak budakkan kalau di nilai dari segi fizikal. Sampai umo 15tahun pun nampak cam budak2 skolah rendah lagi tapi jiwa dah remaja.. So, kat situ ada la sedikit pemberontakkan bila fizikal aku camni. Tu dulu la.. tapi skang, aku hapy jer dengan fizikal kementot ni.

Tu la serba serbuk kisah aku & kasut tumit tinggi. Skang dah tak janggal lagi pakai kasut tumit tinggi. Memang aku selesa berkasut tumit tinggi untuk meninggikan sedikit diri yang kementot. Apapun blom penah tersungkur lagi la sejak pakai kasut tumit tinggi.. Tahniah buat diri sendiri.

nak tag

shiema cma

2 comments:

  1. thanx join dear
    wow...teror la form 1 dah pky heels..cayalah..hehe
    gudluck ^^

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com