BAHASA GANTI DIRI

11/28/2010 09:00:00 AM suria lekatlekit 9 Comments

Gua cakap lu la beb.. Gua ni tak suka la orang bz body pasal gua.. Pehal lak lu nak kecoh. Gua bukan pinjam duit mak bapak lu bayar bill internet gua nak update blog. Suka hati Gua la la nak cakap camna pun!! << Sekadar lakonan yer Uolls

Gua?? Gua apa?? Gua Musang?? Gua Kelam?? .... Rasa korang enjoy tak baca taipan seorang gadis melayu camtu?? Rasa stylo ke guna bahasa ganti diri Gua & Lu?? Nampak macam tak beradap jer kan?? Bila baca jer.. Mula otak pikir.. Ni gadis melayu ke Amoi.. Even Amoi pun sekarang tak cakap Gua & Lu.. Banyak yang guna perkataan I & you...

Kenapa Aku & Kau kita tak rasa kasar & biadap sangat?? Sebabnya kita guna perkataan ganti diri tu bila berbicara dengan Tuhan.. Bagi aku lebih manis Aku, Kau dari Gua & Lu. Jangan terkejut kenapa isu ini timbul sebab aku memang suka blogwalking. Blogwalking sentiasa bagi aku inspirasi untuk menghapdet blog. Aku rasa cukup - cukup janggal membaca taipan camtu. Kadang - kadang ayatnya agak lantang kebiadapannya. Nak - nak lagi seseorang itu menampilkan imej muslimah.. (tak macam den kan??) tapi bahasanya cukup kasar. Tidak mengambarkan keperibadian dari imej yang di tonjolkan. Alangkah manis gadis itu menggunakan bahasa yang lebih sedap di baca.. Tak kisah nak berjenaka.. Tak kisah nak selamba.. Tak kisah nak gila - gila.. even aku baca blog akak2 shemale pun.. walau penuh carut maki dalam gurauan tapi boleh senyum jugak.. Dorang kebanyakkan ada ganti diri khas.. Macam Nyah, Mak, Nokk.. Jarang aku nak tengok akak2 shemale ni guna perkataan Lu & Gua.


Menulis untuk tatapan umum biarlah sedap di baca.. Kalau dah bahasa pun buat orang rasa janggal nak sebut.. Bermakna kau menulis untuk tatapan sendiri. Aku tak point nama sesapa, or blog mana just menulis untuk peringatan semua & diri sendiri. Yang baik.. kita sama - sama teladani, yang buruk sama - sama kita sempadankan. Maaf kalau kata - kata aku ni menguris mana - mana hati yang membaca. Tak berniat nak jatuhkan sesapa atau memburukkan mereka dengan sengaja. Sekadar memberi pandangan melekit aku jer.. PEACE NO WAR.

9 comments:

  1. Yup..setuju sgt.. gua tu bukan kata ganti diri.. walaupun ada org kata 'aku' agak kasar.. tp xsalah pun sebenarnya.. maybe dorg suke nak nampak lain pada yg lain kot kan.. cume tak kena lgsung la..

    ReplyDelete
  2. sama je..
    janji mewakili diri..
    heheee

    ReplyDelete
  3. a'ah kan rasa macam nak lemoang jek...kononya brutal lah konon..padahal macam org asli dh bahasa! benci!

    ReplyDelete
  4. kalu jumpa bdk2 cmtu cmtu...sound je..."tak belajar adab kee???haha

    ReplyDelete
  5. Guna perkataan saya & awak sgt sopan santun...

    mcm kat trg ckp aku & mu msti bersesuaian dgn org2 tertentu j.. kalo x jd kasar jdnya.. cam lya dgn geng2 baik ok la..

    kalo bru dikenali.. just sy & awk.

    ada tag:

    http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/2010/11/tag-dari-isma.html

    ReplyDelete
  6. Aini.. kita bahasakan diri sbg Aku dalam blog.. rasanya tak biadap sgt..berbanding Gua.. tp kalau lelaki tu memang krg nmpk janggal bergantung pd ayat juga tp bila tgk gambar alahai muslimahnye dia.. tp bila baca entri dia.. wah.. GUA LU plak. So nampak janggal & krg sopan

    mie.. mungkin bg lelaki ok jer. Itu pendapat masing2.. so thanks sudi comment

    Cik Getah.. Dah bersih ke umah masuk air tu?? Betul cik getah.. Mcm budak rewang jer rasa tp educated juga minah tu.. hurmm

    Cik ila.. malas nak sound sebab org camtu dah jelas sikapnya yang tak blh di tegur.. Maybe la kot sbb dr gaya bahasanya mcm bongkak semacam jer

    Lya.. setuju. Saya pun tak guna Aku untuk semua org.. tgk la pd kawan2 yg dh kamceng.. kalau kwn2 br still selesa guna Saya. Thanks sbb tag.. nanti sy tgk k

    ReplyDelete
  7. 1 lg tag dr lya:-

    http://fasyafrina.blogspot.com/2010/11/cik-warnida-giveaway.html

    ReplyDelete
  8. saya rase tak kesah gune ganti diri aku atau gua sebab maknenye same

    ReplyDelete
  9. Cik Gallus memang maknanya sama.. Nak gua ok tp bahasa kena jaga gak dik.. kalau tak bunyi mcm krg ajar.. So, ini berkaitan dengan ganti nama & gaya bahasa dia juga..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com