BERPRASANGKA BAIK ITU AMALAN YANG BAGUS tapi..

11/27/2010 05:56:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

Siri menjelajah blog di petang hari.. Tertarik dengan isu kawan blog aku ni si deqdeq.. so aku nak buat kesinambungan isu tu dengan pendapat melekit aku sendiri.. Bleh kan deqdeq?? Deqdeq ada berkomen tentang isu cikgu shida, uncle seekers & Mantan Permaisuri Dan juga Dr Romzey.. Dia mengambil sikap berprasangka baik.. Bagus deqdeq.. Baik budaknya. Sentiasa positif. Memang bagus bersikap demikian tapi...

Ni pendapat melekit yer.. Bukan nak kondem sesapa. Memang kita harus berprasangka baik.. Namun pada sesuatu benda yang tak jelas niatnya. untuk tidak mengundang permusuhan ataupun perseketaan.. Tapi jika ia di susuli dengan kenyataan yang bercanggah, kenyataan yang mengundang pertikaian, kenyataan yang melawan hukum, kenyataan yang mengelirukan.. wajarkah kita untuk menerimanya secara positif?? Negatif jelas.. Ini bukan point pada Cikgu shida, Uncle Seekers mahupun Dr Romzey yer.. Sekadar pendapat secara umum. Bila sesuatu isu itu menjadi panas.. Maka ada yang menyokong & ada yang menegah.. Jika seorang bersuara.. di ikut 2 3 orang lagi menyokong untuk menegah.. Tapi yang menyokong untuk di teruskan lebih banyak maka ia di anggap sesuatu itu di terima secara positif & mungkin ada kebaikkannya disitu. Tapi sekiranya jumlah yang membantah mengatasi jumlah yang menyokong kita harus mengkaji & menilai semula sesuatu perbuatan itu. Mungkin pada niat betul tapi pada cara salah. Ia tetap SALAH bagi pendapat melekit ku. normal nya niat yang baik akan di susuli dengan tindakkan yang baik juga. Mungkin ada juga berniat baik.. tapi tersalah dari segi tatacaranya.. So, disitu akan timbul salah faham. untuk menstabilkan niat & perbuatan haruslah seimbang. Jika niat itu baik.. cari la jalan yang baik untuk di laksanakan. Insyaallah akan di terima secara positif.

Untuk berprasangka baik pada sesuatu yang kita tidak suka.. memang sukar. Kita tengok janggal, pelik, buruk & tidak sopan.. Jelas terpamir dari perbuatannya kalau kita mengeluarkan kenyataan mungkin niat dia cuma ini.. itu.. untuk kebaikan. Nampak sangat hipokrit kan?? Jika kita nampak perbuataan itu terang terangan salah, tapi still kita mencari alasan untuk membetulkannya sebab kita menyukainya.. Itu di namakan menegakkan benang yang basah. Jika kita lihat.. Apa yang di sampaikannya baik.. betul pada caranya.. kenyataannya berlandaskan sesuatu yang ada & logik tapi tetap nak menafikan.. Maka itu dinamakan Sudah terang lagi bersuluh atau baling batu sorok tangan (erkk.. aku pun tak pasti bleh ke guna perumpamaan ni). Biarpun apa yang di sampaikan seolah - olah menegur salah kita, jangan nafikan demi membela diri sedangkan kita tahu memang betul apa yang di katakannya.

Kat sini.. cuma aku nak katakan citarasa kita berbeza.. sama seperti pendapat & penilaian kita.. tapi kembali berpandu pada sesuatu yang betul untuk merujuk benar atau salah apa yang di buat atau di katakan. Jika ia betul.. Tetap akan betul selamanya DAN jika ia salah takde apa yang dapat mengubah untuk membetulkan sesuatu yang salah seperti HUKUM HARAM & HALAL. Kalau dah kata BABI itu haram.. jangan la dok percaya  Tok Guru Ajaran sesat yang kata HALAL MAKAN TULANG BABI lak. Dia takkan jadi HALAL sampai bila - bila sebab hukumnya dah macam tu. Alasannya yang di berikan kenapa Ia haram pun sudah JELAS. Apapun ini sekadar pendapat peribadi.. Bagus macam deqdeq berprasangka baik & setuju juga dengan pendapat dia.. Tapi kalau terlalu berprasangka baik sangat pun dalam zaman sekarang boleh HANCUSS juga sebabnya.. Kita dah jelas dengan laporan media.. Taktik penjenayah sekarang cukup licik. Dalam wajah yang penuh kasih sayang, tutur bicara yang sopan santun, perbuatan yang lemah lembut tapi kita tak dapat meneka niat JAHAT seseorang tu. Sebab tu banyak kes penipuan.. Sebabnya terlalu berprasangka baik. Apapun perbuatan harus la berpada pada.. sangka baik pun berpada pada.. prasangka buruk pun perpada pada juga. Tapi tonggak utama adalah diri sendiri. Pilihan di tangan kita sendiri. Tepuk Dada tanya selera.. guna akal bukan kepala lutut.

Pada Deqdeq.. Ha.. kita dah ada connection dari entry ni.. meh kita share link. So, pada yang nak baca pendapat Deqdeq lak sila clik Deqdeq (Part 1) Deqdeq (Part 2)

Apapun kami sebenarnya bestfriend.. Kan Deqdeq???

8 comments:

  1. Cik lekat lekik.....DeQdEq setuju sangat2 dgn entry nih....mmg betul pun, perlu bersangka baik dan ada TAPINYA juga (nak kena buat entry lain nih...hehee)

    dan dlm apa jua yg kita nak buat kena berpandukan pada Al-Quran dan As-Sunnah semestinya....

    than cik lekik....buat kesinambungan dr blog DeQdEq...kita mmg best friend...:-)

    ReplyDelete
  2. Cik lekatlekik, DeQdEq setuju sgt2 pasal nih...mmg kita kena bersangka baik, masih ada TAPINYA....(nih kena buat entry lain plak) hehhe...klu nak tulis semua panjang berjela-jela lagi....

    cuma apa yg DeQdeQ cuba nk share, jgn asyik pandang yg buruk ke pada orang lain, kena tgk yg baiknya dulu...

    Kita mmg best friend la cik lekik...:-)

    ReplyDelete
  3. saye salu slah dalam menilai org.. org kate kite boleh nilai melalui 1st impression.. tp kebanyakan semua salah.. makin lama kenal. makin kita tau perangai seseorang.. skrg mmg susah nak bsangka baik sgt .. sbb penah terkena T_T

    ReplyDelete
  4. Kena seimbang Aini.. Kalau kita asyik berprasangka buruk je dgn semua kita akan hidup dlm ketakutan jer.. So, baik or buruk biar berpada2

    Deqdeq.. Betul apa deqdeq cakap. 10 Markah untuk deqdeq

    Cik Gallus.. kanak2 rebina.. jgn mudah caya orang. kang kena culik

    ReplyDelete
  5. 10 markah je ke utk DeQdEq....mana ckp..heehe

    ReplyDelete
  6. dalam hubungan serta pelbagai kejadian yang ditempuhi, perlu berprasangka baik. tetapi haruslah ditimbal tara dengan perasaan curiga. atau yang lebih sedap didengar berhati-hati... kita manusia dikurniai akal. akal sahaja tidak cukup. allah beri ilmu pengetahuan yang diajar hari ke hari dalam kehidupan.. cukupkah dengan ilmu? allah berikan iman... iman pula dipandu wahyu-wahyu yang disampaikan melalui perantara-perantara yang dipanggil nabi-nabi atau rasul-rasul.. insyaallah jika berpegang pada tali allah, semua akan selamat.. dan ingatlah syaitan juga wujud untuk membolak-balikkan hati..

    ReplyDelete
  7. SM Banjamin.. Nyah akhirnya mak setuju jugak dengan kamu.. Kata2 kamu sangat betul & tepat

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com