BLOGGER FOFULAR VS BLOGGER umpama MELUKUT DI TEPI TANDAS AWAM

11/04/2010 01:12:00 AM suria lekatlekit 6 Comments

Tu dia entry yang nak mencetuskan kontroversi.. (ye ye nak jadi kontroversi). Tetiba jer terfikir.. Bila aku slalu jenjalan kat blog orang pastu add follower.. lebih - lebih blogger2 yang dah top ni. Mesti la nak add.. nak tumpang sekaki jd pengikut kan??

Cuma yang jadi persoalan kini.. kita (merangkumi blogger2 pinggiran cam aku yang baru belajar mengenal kebot ni) kita add la sana sini blog2 yang fofular ni tapi adakah sudi mereka menjengah ke blog kita yang umpama melukut di tepi tandas awam ni??apatah lagi nak add sebagai follower (jauh sekali la kot) entah la.. setakat ni menurut siasatan aku ( yang berpandukan apa yang boleh di rujuk la) takde lagi la blogger2 fofular jenguh blog aku walau aku slalu gak bertandang mensesakkan trafic di blog dorang. Yang ada cuma kengkawan sesama blogger yang baru belajar menaip entry macam aku ni jer. Kitorang la.. saling komen mengomen.. walhal kita ada juga berkomen di blog fofular tapi susah la si blogger fofular nak tinggalkan jejak jarinya di blog macam aku ni. Tak kisah la.. Semua tu bukan kewajipan pun.. tapi just tertanya - tanya jer.

Tak kisah la.. Apapun kebanyakkan yang berblogging ni berlandaskan pada minat di peringkat awal. Bila mengenal selok belok.. boleh menjana sesuatu dari blog.. mereka melangkah setapak demi setapak memanafaatkan peluang yang ada dari minat mereka. Kan?? Kenapa aku berpendapat camtu?? Sebab aku dulu tulis blog memang aku minat menulis.. Sebelum aku kenal kebot, aku kenal pen & kertas dulu. Aku suka tulis diari, karang cerpen, karang puisi.. So, bila aku mencelik IT ni aku ubah gaya penulisan aku melalui blog. Cuma blog tak boleh tulis macam diari.. tetap ada batasan bagi aku bila berblogging. Tetap aku takkan benarkan cerita yang terlalu peribadi dalam kehidupan aku menjadi tatapan umum. Sebab kita tak tahu siapa yang membaca coretan kita disini. Mungkin jika kisah yang terlalu peribadi di kongsi.. boleh mendatangkan kemudaratan. Sapa tahu?? so, setakat apa yang aku tulis dalam blog ni.. itu sahaja yang aku mampu kongsikan. Yang lain biarlah rahsia.

dah terlompat jauh dari isu sebenar lak. Ok berbalik pada isu blogger fofular vs blogger sekadar melukut di tepi tandas awam ni.. kadang - kadang teringin juga nak terima kunjungan dari blogger fofular.. apatah lagi kalau dorang sudi meninggalkan kesan jari di blog kita tapi apakan daya.. untuk mencapai tahap seperti mereka banyak lagi bukit bukau.. sungai ranjau yang perlu kita tempuhi. Maybe dorang dulu pun camtu.. tapi skali2 kalau blogger fofular jenjalan kat blog blogger yang umpama melukut di tepi tandas awam ni, tinggalkan la sedikit jejak walau hujung kuku skalipun. Pasti kami amat berbangga dengan kehadiran anda walau skali dalam seumur hidup. kekekekeke.. Apapun, tunggu kami di puncak. Insyaallah dengan tips2 yang di kongsikan oleh blogger2 fofular ni akan menjadi anak - anak tangga buat blogger seperti kami mendaki kepuncak seperti korang. Salam 1 malaysia.. bubye!

6 comments:

  1. sokong sgt entry ni.. jarang2 je nak nampak dorg tggal jejak kan.. sebab tu la saye xfollow pn blogger yg popular ni.. sbb dorg kan dah popular.. lebih baik sy tlg mereka2 yg nak popular.. hehe..

    ReplyDelete
  2. bagus Ainismaira.. tindakkan yang bijak. Kita sama - sama membantu menaikan kita2 yg masih di paras buku lali ni.. mereka2 yang dah melepasi paras hidung, dah boleh bernafas sendiri. Apapun kalau di beri sokongan dari mereka2 yg fofular tu amat la bermakna..

    ReplyDelete
  3. yahhhh . sokong ! memang takkan punye .
    dorunk tak berminat nak jenguk blog blog yang tak dikenali dan setaraf dengan mereka...


    aii mencikk perkara ni .
    xD

    ReplyDelete
  4. kat mana2 pun konsep camtu ada.. org cuma pandai cakap hidup ini umpama roda dari bawah keatas.. dari atas berpusing balik ke bawah.. tp ada yang tak paham atau mungkin tak mahu lagi paham bila dorang ada di puncak.. maybe dorang bz kot nak balas komen2 kat blog dorang. kita anggap je camtu walaupun kdg2 sy tengok comment2 kat blog fofular ni takde pun respond dari author nya.bak pantun azwan ali.. pagi2 makan pengat, sendiri mau ingat

    ReplyDelete
  5. betul-betul..sokong..saya selalu jenguk blog2 yg follow sy tp just jadi silent reader..hehehe...

    ReplyDelete
  6. adakah entry ni di baca blogger fofular?? mungkin tidakkkkkkkk... sebabnya dorang mana ada masa nak jenguk blog melekit camni.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com