BUAT SI PENCURANG

11/16/2010 01:36:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

Separuh Jiwaku Pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka

Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

Kau bilang tak pernah bahagia
 Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu
Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semua

Tetiba kuar lirik lagu Anang, Separuh Jiwa Ku Pergi ni pehal lak?? Lagu ini sahaja sesuai untuk aku jadikan mukadimah pada entry kali ni.. Dah tajuk pun buat si pencurang kan?? Let's Uolls kita luku lekuk pencurang dengan entry ni.

Yang curang takkan merasai.. Yang dicurangi sahaja akan melalui saat bagai di siat2 sekeping hati.. Dah la di siat2.. pastu di panggang dalam bara yang panas menyala.. Tak cukup kena panggang.. Di gigit penuh nikmat pula oleh di pencurang tanpa mempedullikan kesakitan yang di tanggung oleh yang di curangi tu. Begitulah yang mampu di gambarkan betapa sakitnya sekeping hati.. tu baru sekeping. Kalau berkeping keping hati yang sakit korang darab je semua kesakitan yang aku umpamakan tu dengan berapa keping hati korang yang sakit. Korang akan rasa betapa peritnya di curangi.

Nak - nak lagi yang di curangi melihat sendiri bukti kecurangan si pencurang namun tak mampu bersuara apa - apa untuk menyatakan betapa terlukanya sekeping hati di curangi sedemikian rupa. Mungkin takut.. Mungkin tidak mahu bertengkar.. Mungkin tidak berani menyatakan ketidak puasan hatinya bimbang di apa2 kan.. Bagi yang berpeluang bertukar menjadi hulk lalu menyerang si pencurang, maybe terasa puas juga. Bila kesakitan hati berbalas dengan kesakitan. Namun itu bukan penyelesaiannya. Berbincang?? Kadang - kadang situasi tidak mengizinkan perbincangan berlaku. So, apa yang perlu buat kalau semuanya tak boleh?? Korang bayangkan korang dalam situasi camtu? tahu di curangi.. tapi tak mampu bersuara, tak mampu marah, tak mampu merajuk, tak mampu nak di ajak berbincang.. Hanya yang mampu menahan keperitan dari dalam hati. Tahan airmata.. Tahan sebak.. Tahan segala - galanya. Paksa diri tersenyum.. Paksa diri riang.. Paksa diri menerima segalanya & Hanya Allah sahaja yang ada untuk korang mengadu & meminta petunjuk & ketenangan. Sekali.. cuma sekali wahai pencurang.. Bayangkan! 

Hidup ini ada hukum karma.. Setiap perlakuan ada balasan. Biarpun yang mencurangi sentiasa memaafkan pencurang namun balasan Tuhan tetap ada jika si pencurang tidak sedar diri selagi yang di curangi masih di sisi. Ingat.. Sekali ia pergi, mungkin selamanya kesalan bersarang di hati. Dia mampu berdiam melihat kecurangan mu, mampu tersenyum cuma tersentak seketika cuma melihat insan yang di cintai mencuranginya namun dia kembali melakukan tanggungjawabnya kepada si pencurang seperti biasa & memaafkan segalanya. Manusia.. Selalu terlupa, jarang menghargai, sentiasa buta.. Permata di depan mata. Semuanya akan di sedari takhkala semuanya tiada lagi. Dan saat itu.. Tiada lagi peluang biar dulu beribu peluang terdampar indah buatnya. Kini walau satu yang terakhir di harap.. Percayalah ia takkan tiba sampai bila - bila. Hargai orang tersayang yang bersama susah senang, menerima dirimu seadanya.. Jangan mencurangi mereka jika mereka setia. Jangan mencari salah mereka, semata - mata untuk di jadikan alasan kecurangan mu sedang kamu juga tidak sempurna & masih banyak kekurangannnya.

P/S : Sebenarnya tadi dok baring - baring sambil dengar hotfm tetiba lagu ni kuar.. So, Ting! idea 

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com