BUDAK LAHIRKAN BUDAK.. MAK BAPAK ANAK SEMUA BUDAK..

11/04/2010 04:35:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Pening korang baca tajuk entry tu kan??? Apa kebendanya yang nak di kupas kupis tu.. Petang - petang ni jenjalan belek2 berita hari ni.. singgah jab HM online. Terpaku dengan satu artikel ni.. 

*sekadar hiasan.. tapi budak ni pun 
bapak muda gak. Umo 13tahun dah
ada anak dgn kekasihnya berumur 15tahun
Ha.. kau 10 tahun dah beranak!! Kau bleh?? kejadian ni bukan la kat malaysia.. Sebab anak - anak dara Malaysia kebanyakkan matang dalam lingkungan umo 12 tahun ke atas. Jarang - jarang nak dengar budak 10 tahun dah melalui proses datang bulan, kan?? Berbalik pada isu yang nak di kupas kupis.. budak yang lahirkan anak tu anak dara orang sepanyol.. Menurut artikel tu bapak bayi tu pun budak - budak juga. So, how??? Budak - budak lagi dah jadi mak bapak orang. Bayangkan kalau umo dia 30 tahun anak dia dah 20 tahun.. wah!! Mak dengan anak beza umo sepuluh tahun jer.. Nampaknya budaya seks bebas dah mempengaruhi kanak - kanak.. Pelik ker?? dah tak pelik sekarang ni kan.. even kat malaysia pun dah mula menjalar budaya camni. (clik untuk membaca artikel : Budak 10 Tahun Lahirkan Bayi )

Sesapa yang ada anak dara yang baru nak membesar bagai juara tu.. pantaulah aktiviti dorang yer.. Kadang - kadang sebab kita anggap dorang budak - budak lagi di biarkan bergaul dengan kawan - kawan lelaki.. kadang - kadang anak lelaki jiran datang umah main dengan anak dara kita, di biarkan dorang dalam bilik dengan alasan.. budak - budak bukan tau buat apapun, tau main jer.. Sekarang ni tak boleh la nak anggap camtu sebabnya hanya di hujung jari jer dorang bleh belajar macam - macam. hanya clik.. clik.. macam2 kuar. hati - hati je mom & dad, selalunya memantau anak anda walau dorang lebih banyak habiskan masa depan pc dari kuar, sebabnya dengan hanya satu clik mampu mempengaruhi anak anda dengan budaya yang negatif. Dunia hujung jari sekarang lebih bahaya dari zaman menjelajah belantara.. lastik burung, mandi sungai, main masak - masak..

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com