DI CELAH - CELAH KEBAHAGIAN YANG KITA NAMPAK.. kadang - kadang ada kisah airmata

11/29/2010 02:25:00 AM suria lekatlekit 11 Comments

Kembali bercengkerama di tengah pagi yang tak celik - celik.. Tadi dah tertido awal.. Sebelum pukul 10 lagi.. Pastu lebih kurang pukul satu bangun pulak... Den mimpi arwah ayah lagi dapat 2 tiket percutian ntah kemana dengan mak.. Bangun terus di selebungi sayu. Entah kenapa mimpi AYAH selalu datang.. Mungkin sebab terlalu rindu kot...

Di celah - celah kebahagian yang orang nampak.. tak siapa menyangka akan di susuli kisah airmata. Seperti.. Kisah aku nak kawen dulu. Girang bukan kepalang Mak & arwah Ayah.. dorang lebih banyak perancangan dari yang nak jadi pengantin. Tapi kuasa Allah.. Belum sempat aku berwalikan Ayah, dia pergi dulu di celah - celah kebahagian yang kami kecapi..

Macam kes Raja Azura.. Kita melihat kebahagian mereka.. Tanpa sebarang kontroversi atau gosip keretakkan rumah tangga mereka.. Tiba - tiba timbul Isu mereka merujuk masalah ke Jabatan Agama Islam seterusnya berakhir dengan penceraian. Di celah - celah kebahagian mereka.. Tak siapa tahu ada kisah airmata dalam rumahtangga mereka sebelum di sahkan bercerai. Tak mungkin konflik yang di hadapi dalam 1 2 hari akan menyebabkan penceraian.. Mungkin masalah ini timbul lebih lama namun.. kedua dua pihak sangat bijak menyembunyikan. Kisah peribadi.. tak harus di canang pada umum. Itu aku setuju sangat.

Mungkin kita melihat senyuman.. Tak putus - putus cerita penuh suka, jarang sekali ada tangisan di sebalik kata - kata atau tulisannya.. Tapi celah - celah kebahagian yang kita nampak.. kadang - kadang ada kisah airmata yang di sorokkan. Siapa tahu.. mungkin di kalangan kita yang menulis blog yang ceria.. tanpa pernah sekali membongkar kisah airmata.. sebenarnya di celah - celah taipan kebahagiannya ada kisah duka yang sedang di lalui. Jadi tak perlu terkejut andai satu hari di celah - celah cerita bahagia.. Tiba - tiba muncul sebuah cerita gempar tentang luka yang berakhir.. sedangkan kita tidak tahu bila mulanya.

DI CELAH - CELAH KEBAHAGIAN YANG KITA NAMPAK.. TIDAK MUSTAHIL ADA KISAH AIRMATA YANG DI SEMBUNYIKAN.

11 comments:

  1. saya dapat mengesan yg anda skrg sedang berduka nestapa......moga tabah harungi semuanya....

    ReplyDelete
  2. nampak tak sy sedang senyum.. kira gigi sy skrg.. sy nak guna statement artis bleh?? No comment. Just rindu Arwah Ayah.. yg lain2 Zip!!

    ReplyDelete
  3. sabar ye dear. stiap yg berlaku pasti ada hikmah nya. Allah lebih mengetahui semua yang terjaadi..

    jangan sedih2 tau. qila pon tak dpat bayangkan kalau kehilangn orang yang tercinta. yg membesarkan kita dengan pnat lelah tanpa meminta kita membalas nya. Sabaar tauu..

    hilangkan duka nestapa. jom la join nii http://qilarazak.blogspot.com/2010/11/segmen-header-untuk-qila.html

    ReplyDelete
  4. hehehe.. statement yang bagus... biarlah rahsia gitu

    ReplyDelete
  5. thanks qila.. nanti kita join. skang tgh idea kontang kanting lagi..

    Nyah Shahazin.. Ala2 dato ct gitu.. separuh rahsia, separuh bongkar.. kekeke. ngertik ngak??

    ReplyDelete
  6. fuyoo!!!
    ingat kan reporter mana la tadi...
    tiba2 bertukar mood..
    hehee

    ReplyDelete
  7. mie manusia hidup bukan di cipta dgn satu rasa jer tau.. hr ni hepi.. esok blom tentu.. lusa pun blom tau.. sbb tu org ada mood.. kekekeke

    ReplyDelete
  8. ermmm sedey tue bgus kadang2...cz sedih membentuk hati...kdg2 kita boley flash back kenangn yg btol2 indah yg kdg2 kita ley mengalirkan air mata.. ^_^...jd kn sedey tue pemangkin kita untuk trus mara ke depan... =)

    ReplyDelete
  9. dugaan pasti ada.. semoga kita semua tabah menghadapinya, amin

    ReplyDelete
  10. datang meneruskan tradisi GPK.. kite harus pandai dan kuat untuk menyembunyikan kesediah di hati.. jangan tunjukkan yang kita lemah dalam mengharung percaturan hidup.. semua orang akan menghadapi situasi yang sama.. dan harus diingat kesedihan datang pada bila-bila masa.. harus kuat... harus tabah... yakin dan bersangka baik pada ketentuan tuhan..

    ReplyDelete
  11. Berpegang pada satu perkara.. Takde kehidupan tanpa dugaan.. Jadi dugaan itu seiring dgn kehidupan kita. Ya betul dengan bersangka baik pada Tuhan.. akan memberi kita kekuatan & ketenangan..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com