GILA MEMPRINT GAMBAR
Wah keterujaan memprint gambar2 lama yang bersawang dalam pc tanpa pernah di cetak keluar selama ni.. Baru beli printer ker?? Ahh.. printer tu dah berusia dekat 3 tahun.. Abis tu apsal baru nak print out gambar - gambar yang lama??
Sebabnya ink baru refill.. Kekekeke.. Tahniah kepada HP printer all in one aku kerana masih sihat walafiat sampai sekarang walau dah lama memerap dalam stor akibat ketiadaan refill yang habis kira2 setahun dulu & x refill2 dah lepas tu. Tahnia juga pada catriage sebab masih mampu di refill sampai sekarang. Masa pegi cari refill tu.. ada la satu mamat kat kedai computer ni cakap printer jenis aku cepat rosak & catriage pun tak tahan lama.. Terbukti dia masih boleh berbakti kepada aku walau qualitinya tidak la secantik original ink. Nama pun refill.. tapi boleh tahan cantik bila di print ke glossy paper. Clean & clear jugak
So, apa lagi gunakan selagi ia boleh memberi manafaat. Bila dia dah uzur nanti, kan dah tak bleh berkhidmat dengan cemerlang. Seronok pula tengok pic2 lama aku dengan en hubby. Banyak pic2 kitorang masa sebelum bergelar wife & hubby. Kitorang memang kuat merayap & bergambar. Dah jadi macam hobi lak.. Pasni kena sediakan album gambar banyak - banyak sebab dah bleh print out gambar2 hasil perayapan kitorang. Takde la leceh nak pegi kedai gambar lagi. Kalau nak harap cetak dari foto shop alamatnya bersawang lagi la gambar tu dalam pc. Alih2.. dalam pc jugak dia abdikan.. tak pun dalam laptop hubby. Takat malam ni cukup la ada lebih 36 keping gambar di print out. Esok - esok lak yer..
Ni la rupa paras printer aku
Ni antara gambar yang di print out tadi.. tapi scan dia lak tak cantik.. harus di cuci dulu. maybe berhabuk
0 Komen Melekat:
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini