Weekend activity minggu ni adalah... Ya Betul kawan - kawan. Tengok teater kat DBKL dengan tiket yang berharga RM5 saja tapi memberi kepuasan maksima berbanding tengok Filem Razak Moheidin kat panggung wayang.. Op's dah berkurun aku tak pernah tengok file prof tu sebabnya banyak filem yang kalau tak tiru filem luar macam kuliah cinta.. Filem ntah apa - apa je dia buat menyemak panggung. Nak buat camna.. walau filem tu layak masuk dalam bakul sampah pun namun berlian - berlian yang berkilauan dalam filem tu buat kebanyakkan penonton terpukau sampai yang di salut permata indah. Stop pasal file prof tu.. Aku rasa filem yang layak dia puji cuma mami jarun jer..
Akhirnya berkesempatan juga aku tengok pementasan Teater semarak bangsawan PANCHA DELIMA walau hari last pementasan. Hubby bz skit.. Ingat dah tak de peluang nak tengok. Ceritanya tak jauh beza dari file arwahyarham Tan Sri P.Ramlee buat namun sebab ia di pentaskan sebagai teater ada perbezaan skit la tapi tetap sama je jalan ceritanya. Kena sumpah jadi ular.. Pastu cari kalung panca delima then fight kejahatan Permaisuri yang jahat tu. Aku malas nak taip sinopsi aku scan jer.. korang minat sila la baca
Ni la kategori blogger pemalas.. scan jer
korang dah baca sinopsis jom aku share lak gambar - gambar yang sempat aku snap masa pementasan berlansung. Benci betul.. asyik kena blok kena kepala makcik kat depan aku jer.. Kalau ada tiket atas pentas menonton sure aku beli.. Tak suka kena blog bila tengok teater.
Babak pertama (Pic yang last tu Suria Kenchana bersama penglima 3 serangkai dah kena sumpah jadi ular oleh mak tiri dia permaisuri yang jahat muka macam zehra zambri lak aku tengok)
Persembahan lagu & tarian selepas babak pertama (comel budak budak kecik berbaju kebaya tu)
Babak kedua
Persembahan nyanyian & tarian selepas babak kedua. (yang laki tu katanya bekas peserta Mentor (Thye namanya) yang yang pompuan tu namanya cukup klasik Anis Saloma (Baru 15tahun tapi suara mak aih.. kalau zaman P.Ramlee ni dah lama dia jadi pesaing Saloma)
Babak ketiga ( Dimana suria kenchana (hero) bersama panglima 3 serangkai dah jumpa pemilik Kalung Pancha Delima. Time dia jatuh cinta pandang pertama) Yang dua anak dara tu kakak kepada Teratai (Pewaris Kalung Pancha delima) yang jahat.
Persembahan tarian Ular selepas babak ketiga
Babak Keempat (Saat cinta bermula antara Suria Kenchana & Teratai Gadis Pancha Delima)
Persembahan Nyanyian dari Anis Saloma (Lagu apa tak ingat tajuk) Selepas Babak keempat.
Babak Kelima (Dimana 2 kakak teratai yang berlainan Mak iatu Tanjung & Anggerik merampas Kalung Pancha delima dari teratai)
Persembahan dari tali leher op's Thye selepas babak kelima
Babak pic babak keenam ni Tanjung & Anggerik cuba menggunakan Kalung Pancha Delima untuk mengungut permaisuri jahat Chemara Jingga minta supaya di beri separuh kekajayaan yang di miliki sebelum di serahkan Kalung Pancha Delima untuk dimusnahkan.
Untuk gambar babak keenam (terakhir) bagaiman Anggerik & Tanjung di tipu permaisuri Chemara Jingga. Lalu dua2 kena sumpah jadi muka buruk. Padan muka. Babak ni juga menyaksikan bagaiman Permaisuri Chemara Jingga di tewaskan oleh teratai dengan menggunakan Kalung Pancha Delima.
Akhirnya kerajaan Kukila Kenchana kembali di takbir oleh Sultan Kukila Kenchana. The end
Acara Penutup (Semua yang terlibat dalam pementasan teater semarak bangsawan PANCHA DELIMA. Tahniah pengarah (M.Nasri Ayob) yang jarang menghampakan aku, Penolong Pengarah (Iswazir Ismail) seorang pelakon teater yang paling aku kagumi, & Penulis skrip teataer (Akak lenny Irwan).
Wah itulah aktiviti weekend yang sekaligus menjadi benda yang paling aku suka. Korang kalau nak merasa nikmat tengok teater bleh la rujuk DBKL punya website atau blog ni
MEKAR BUDAYA PRODUCTON
ushhh banyak ye gmbr
ReplyDeleteusha blog saya ; http://ishaserabut.blogspot.com
tu pun tak semua di compile & upload. ikutkan byk lagi
ReplyDeletewah2..gila detail penerangannye..haahah..nice! AK ingat lagi cerita tu..hehehe
ReplyDelete