KALAU KAU DUA KALI GANDA AKU PUN KENAPA??

11/30/2010 04:25:00 PM suria lekatlekit 9 Comments

Dilahirkan tidak mempunyai tinggi seperti nasha aziz, cutting secantik Rozita Che Wan & muka secomel Amy mastura.. Tapi Ok jer aku rasa hidup dalam fizikil, bentuk badan & rupa camni. Tak menghalang apa - apa pun aku nak buat. Even.. aku menikmati hidup seperti manusia normal yang lain. Ada masalah ke kalau kementot?? Tak kan??

Al kisahnyanya.. Semasa aku berjalan - jalan.. Dari bawah nak ke tingkat atas selepas buang sampai di tempat mulia.. (tong sampah la.. Ingat aku spesis buang tepi tangga ker??) Sampah dah takde so, tak payah rasa bersalah nak guna lift. Lain la kalau bawak sampah.. hormat pengguna lain.. Takut sampah berbau mengganggu sistem penafasan orang lain lak kan?? Then dalam lift dari tu ada 3 orang gadis pinggitan.. Op's cuma 2 orang jer maybe gadis.. Yang sorang tu nampak jer macam gadis tapi dah tak gadis.. (kekekekeke aku ler tu!!). Then masing - masing tak kenal.. melainkan 2 orang gadis tu macam ada connection. Maybe kawan serumah kot.. Diam jer la.. Takkan nak ramah tak tentu pasal lak! Tiba - tiba di celah kesunyian tu.. Yang si gadis berbaju kurung bersuara sambil jeling kat kawan dia di belakang aku. Yang minah baju kurung tu depan aku.. Ayatnya camni " Dua kali ganda aku kan.". di ikuti dengan anggukkan kawan dia sambil senyum. Alah.. ko tak yah nak kias2 camtu.. Macam la aku tak tau ko sindir aku sebab kecik dari korang.

Yang menjadi persoalannya.. Bukan aku kecik hati pun.. No hal la takat nak kata aku kecik. Dah memang aku kecik kalau korang cakap besar bermakna korang tipu & sindir aku ler tu. Apa masalah minah tu sebenarnya?? Tetiba jer nak compare aku dengan dia?? Cantik sangat ke cutting body dia..?? Boleh la kan.. sedang - sedang bagi aku. Muka pun tak la gempak sangat macam Angelina Jolie pun.. Aku diam jer.. Aku tak menyindir balik or buat muka ketat. Aku rilex je sampai dorang blah.. sebab umah aku lebih tinggi dari dorang walau dorang lebih tinggi dari aku.
Moral of the story.. even ko nak cakap apapun.. biar la orang tu takde. Ko borak la time ko dah jauh dari aku.. Tak yah sindir.. siap ko bleh point satu2.. apa yang ada kat badan & fizikal aku tang ko rasa tak menarik ni. Tapi.. Kalau dah depan - depan menyindir camtu bermakna dia sengaja nak bagi aku sakit hati la. Tapi Apa motif?? Aku tak kenal dia... Dia kenal aku ker??? Lain la dah kenal.. Ko cakap la apapun aku tak kisah sebab aku dah biasa di sakat dengan kawan - kawan sebab fizikal kecik aku ni. Apa ada hal..  Hai.. macam - macam.. nanti kalau serempak aku nak dok rapat2 dengan dia biar senang dia ukur sendiri samada aku 2 kali ganda dia or lebih.Kan?? Kan??

9 comments:

  1. Cik lekik...biar la apa diorang nak kata....yg penting kita x kacau hidup org...dh mmg kita semua dijadikan berbeza-beza rupa dan saiz apa....klu semua sama jer, mst boring kn...tgk kiri kanan, dpeanblkg semua pun sama je....:-)

    ReplyDelete
  2. cehh! tu namanya spesis perasan bagos.. biaq pi kan derang tu abby.. mcm gud gud je pangai.

    Err...asal buang sampah je sure ada kejadian kan?? retu kejadian di tangga ni kejadian dlm lif plak. Hihi.

    ReplyDelete
  3. deqdeq..takde la tertanya2 apa motif dia sebenar nak sindir camtu

    Kak stoberi Kalau dia tegur & cakap kecik la awak ni.. Sy akan senyum & membalas dgn senang.. Sbb takat kecik ni dh ramai org tegur.. Tp secara berhemah.. Takde la nak rasa apa2. Tp tetiba org tak kenal sindir cmtu mula la nak pandang atas bawah.. Nak tengok sempurna sgt ker dia??

    ReplyDelete
  4. Kak stoberi sebab sy hanya kuar dr umah bila nak buang smpah jer.. kalau nk kuar sesaja jarang melainkan dengan hubby... sbb tu kejadian berlaku semua pasal nak gi buang sampah jer

    ReplyDelete
  5. Jey.. sbb ia wujud maka adanya cerita ni.. kekekeke

    ReplyDelete
  6. tak perlu cili Nyah.. buat2 jer tak terasa.. sebab kita lebih tinggi dr dia walau bkn fizikal tp tinggi adap & sopan.. so settle

    ReplyDelete
  7. dosa kering abby. kering..

    len kali jangan buang sampah. hehehe..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com