KALI NI AKU PULAK YANG TERKENA.. jin mana yang sorokkan ni???

11/08/2010 03:33:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Ha.. kau! Asyik dok kupas - kupis isu jin skali aku lak terkena?? Jin jugak ke punya angkara?? Jin mana ni yang marah kat aku sampai buat aku sepahkan satu umah? Marah aku buat entri pasal Siti Balqis ker? Takkan Jin bengang ngan aku kot.. wah pasal tulis entri berkenaan gangguan2 makhluk ghaib aku lak yang jadi histeria sekejab tadi. Korang jangan panik.. baca dulu alkisahnya. 

Bila benda hilang or orang hilang tuduh jin.. Lagi2 Jin yang kena!! Lepas ni kena tubuhkan satu unit siasatan yang berkaitan Jin di PDRM. Jin punya kena ada akta juga pasni kalau tak camna nak dakwa dia kan?? Tapi dalam kes aku tadi tak adil la aku tuduh jin kan.. No.. No.. aku bukan la manusia sebegitu. Yang terlalu percaya benda - benda tahyul. Handphone aku tetiba ghaib tak dapat di kesan. Misscall pun tak dapat. Seingat aku balik semalam aku ada belek2 hp aku.. Mustahil jatuh kat luar. Sebab balik dari merayap semalam aku dah tak kuar umah. Melepak je denga encik hubby sambil online. Mana lak hilang.. Jin ke sorokkan?? Tak logik! En hubby buat lawak kot.. Nak - nak lagi aku sedar hp aku takde lepas encik hubby kuar. Apa lagi satu umah aku selongkar. Pun tak jumpa. Turun bawah, gi call encik hubby guna publick phone.. Tanya kot2 dia terambik ker?? Memang mustahil la kalau dia nak terambik sebab hp aku dengan dia memang totally berbeza yang amat. Hp aku kecik.. hp dia besar. Abis mana pegi hp aku ni?? Hamster bawak lari?? Lagi la tak logik.. Puas aku cari, aku pk sampai nak nangis jugak.. Pastu aku rilex kejab. Beristifar.. tenangkan dulu fikiran. Kemas - kemas balik umah & bilik yang aku sepahkan.. duduk kejab.

Ting!! tiba hati terasa nak jenguk bawah katil di sudut tepi dinding... Rupanya di situ dia main sorok - sorok dengan aku yer.. Patut la Miss call tak dapat.. rupanya HP aku ter off. Tu la akibatnya kalau tido dengan hp, kan?? Bila dah tido dengan gaya bebas.. hp tercampak la merata - rata. Moral of the story.. Jangan asyik berprasangka bukan - bukan bila sesuatu milik kita hilang sebaiknya cuba bertenang & cari perlahan - lahan. Jangan lak sebab kelalaian kita orang lain pulak jadi mangsa tuduhan. Kan dah jadi satu pitnah. So, en hubby I'm sorry my dear.. Ingatkan sayang saja nak buat lawak. kekekekeke.. En hubby aku memang kelakar & suka buat kelakar orangnya. Kadang - kadang tak terteka akal aku apa yang dia akan buat.

 Akhirnya kita di pertemukan semula... (walau kau hanya hp murah)

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com