KESALAHAN YANG TAK DI BACKSPACE

Lagi berblogwalking.. Kekontot kan masa yang ada.. Dengan BerukBand yang malas - malas time hujan ni.. Dengan gerak loading yang malu - malu siput sedut tetap aku bersenam jari di blog. Melawat kawasan - kawasan tawanan (blog2 yang di follow & blogger yang datang menyinggah).

Ada sesuatu yang menarik & menjadi trend gadis - gadis blogger sekarang. Selain widget2 yang pelbagai.. Macam salji beraneka bentuk & rupa yang turun ke dalam blog.. Ada satu lagi gaya si anak - anak gadis ini mencomelkan catatan di entry dorang. Korang perasan tak.. words yang di strikeout yang kononnya salah tapi sebenarnya sekadar untuk memperlihatkan jenaka dalam penulisan dorang ni. Agak comel caranya.. Aku nampak sekarang ni ramai gadis - gadis remaja guna cara tu ketika menaip entry. Memang kreatif tapi nak tiru rasa malas lak.. Nak taip pastu nak gariskan words tu. Just tengok jer la kat blog orang.

Takde la nak kondem ke apa just saja jer.. Orang lain belum buat entry pasal tu so aku buat la salah ker?? Ewah... dah terjebak nampak?? Camtu la contohnya words yang di gariskan. Apapun selagi ia tidak menyemakkan mata pembaca.. atau mensepahkan entry korang.. Buat la dik!! Tu pun kreatif jugak. Biar la akak - akak yang tak berapa kakak macam akak ni je guna cara skema menaip. Al-Maklum la kitorang dah petang. kekekekekeke.. Apapun memang meriah dunia blog sekarang. Masing - masing cuba menampilkan kreativiti untuk menarik minat orang baca. So, takde la jemu sangat nak berblogging. Macam - macam ada kan???

Comments

  1. macam best juga......asyik duk tgk org tulis mcm tu kt blog....xtau la plak nk buat mcm mana....

    ReplyDelete
  2. haha, samalah
    baru gak terjebak guna benda ni
    tp seb baik tak smp tahap kritikal lg
    klu semua ayat nk strike, baik xyah buat entri,hak3

    ReplyDelete
  3. apapun bila sederhana nampak menarik tp kalau keterlaluan orang pulak naik semak.. so nak buat boleh tak buat pun ok..

    ReplyDelete
  4. saya pon suke buat macam tu

    SAYA SUKA BLOG AWAK LA!
    http://ishaserabut.blogspot.com/2010/11/saya-suka-blog-awak-la.html

    ReplyDelete
  5. abby, kalau sy buat camtu, maknanya, 'malu taknak sebut', 'poyo je cekla ni', 'apelah aku merepek', 'jangan nak prasan sgt cekla'!

    dah terjebak dah pun.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

Popular posts from this blog

AZURA DARI BELUNCAS

LAGI ISU BLOGGER MAKI HAMUN DALAM BLOG

KENAPA DULU TUALA WANITA DI PANGGIL MODES?