KISAH SEORANG BENDULAN

11/14/2010 03:10:00 AM suria lekatlekit 3 Comments

Kamu harus lah membaca dengan betul yer.. Jangan baca seimbas lalu.. baca 2 3 kali imbas.. Ini bukan kisah seorang biduan.. Ini kisah seorang bendulan.

Kisah seorang bendulan ni... atau korang senang paham bendulan ni perkataan asalnya bendul.. kalau dalam bahasa kiasan bendul di anggap sebagai lurus bendul. Dah paham murid - murid.. jadi mari membaca adengan seterusnya...

Walaupun kita tak dilahirkan dengan sikap bendul yang teramat.. kadang - kadang kita juga terbendul atas sesuatu perkara dengan tidak sengaja atau tidak memahami betul - betul permintaan, pertanyaan, arahan mahupun penceritaan. Ha..Kau! berbahasa cikgu bahasa melayu gitiew.. Sesekali nak jadi cikgu lekit apa salahnya kan???  Korang ada kisah di sebalik bendulan tak?? Pasti kelakar kan?? Nak share secubit kisah bendulan aku tak lama dulu.. Bukan kisah aku. Silap!! Kisah maksu aku (adik mak) & makcik aku (kakak arwah ayah) & karipap. (Tetiba je karipap kan??) Baca dulu jangan banyak pertikaian... ada paham?? Sudah paham.. Kita ikuti kisah yang di cerita semula pada aku dari makcik kesayangan aku Wan Maimunah op's namanya Maimunah saja jer.. Lalu di ceritakan kepada korang semua.

Alkisahnya.. Masa Makcik aku muda mudi dulu & maksu aku lak masih kekanakkan yang sedang meniti kerumjaan. Setiap kali cuti skolah maksu akan balik umah mak ayah aku.. (time tu aku takde lagi) yang berkampung & berdekatan dengan rumah arwah tok aku di mana disitu adanya makcik aku tumpang sebadan. (makcik aku single mother dari muda sampai skang single.. ). Kisahnya terjadi bila makcik aku nak ajar maksu aku buat karipap. Seperti biasa di sediakan bahan - bahan buat intinya dulu.. so, setelah di sediakan semua bahan - bahan (maaf yer.. takde resepi nak kongsi sebab aku sendiri pun tak tahu masak karipap), panaskan kuali.. then makcik aku pun cakap la kat maksu aku.. "Iti.. (nama manja maksu aku.. atau nama ic dia siti mariam).. tauk (atau maksud perkataan tu campak/buang.tauk tu loghat utara yer) inti tu.." makcik aku maksudkan campakkan bahan - bahan tadi dalam kuali tapi maksu aku ni agak bendulan.. Di campaknya bahan - bahan nak buat Inti terus keluar tingkap. Terlopong kejab la makcik aku.. Pastu di ikuti ketawa terbahak - bahak. Secara logiknya kan.. takkan la kita nak sediakan bahan - bahan memasak semata mata nak campak ke tanah. Aduhai maksu.. maksu... Bendulan juga kamu yer..  Apapun perbezaan loghat tu membuatkan salah faham berlaku. Sebelah mak aku walau orang kedah tapi loghat utara dorang tak pekat sangat berbanding sebelah ayah. Tulen punya loghat. Maka terjadi lah salah faham tu sebab sebelah mak tak guna perkataan 'Tauk" tu sekiranya nak menyatakan masukkan kedalam something.

Moral of the story... gunalah bahasa walau dalam apa loghat pun untuk mudah di fahami semua lapisan masyarakat. Pastikan klasifikasi bahasa itu kategori umum. Kalau tak pasti berlaku KISAH SEORANG BENDULAN macam maksu aku ni

P/S : walaupun bendulan.. tetap skang cikgu. Apapun tahniah maksu.. Dah grade blom Open University tu?? Lama tak tanya khabar. Jangan asyik main pc game je maksu.

3 comments:

  1. ehehehheheheee....
    kitakan manusia biasa...

    abby... lya tag join GA ni

    http://fasyafrina.blogspot.com/2010/11/sape-nak-hadiah-free-dari-paris.html

    --hadiah dr paris ni.. jgn lupa join b4 20hb ni

    ReplyDelete
  2. betu tu lya... dah tgk blog contest lya tp xde yg sy bleh join.. almaklum la kita xde baby

    cik ila paham kan?? org kedah ni perkataan dia kan lain skit

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com