KUAT MENGINGAU & MIMPI ANEH

11/13/2010 09:46:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

Uolls.. bising kan kalau orang sebelah asyik chitchat je time tido. Nak - nak lagi tengah malam. Time tu nikmat tido yang amat di nanti - nantikan semua orang. Kalau bleh time tu tak nak ada orang ganggu. Tapi terganggu juga tanpa niat. Apa perasaan Uolls?? Kadang - kadanng memang boleh di jadikan bahan lawak.. Bukan lawak yang Raja Lawak buat baru - baru ni yer... 

Pada Uolls yang mengalami masalah mengingau masa tido.. (erkk.. orang mengingau mana sedar kan??) tapi akan di beritahu orang yang sedar akan lawak yang Uolls buat time tido tu. Ini masalah aku sejak kecik sampai dah jadi bini orang. Memang tak tahu dah nak buat apa. Bukan sebulan sekali.. bukan setahun sekali.. bukan seminggu sekali.. Tapi hampir setiap kali aku tido tak kira siang atau malam. Kebanyakkan malam la. Dulu mak & adik beradik yang selalu bagitau tiap kali aku mengingau.. Masa ngingau tu kata dorang macam - macam kuar dari mulut aku. Kadang - kadang gelak.. kadang -kadang berbual, kadang - kadang marah, kadang - kadang menangis, kadang - kadang ketawa... Bukan niat membuka pekung di dada just sekadar mencari penyelesaian. Mana tahan beb.. dah kawen pun still tak boleh elak dari mengingau. Baru - baru ni hubby cakap aku mengingau ajak dia pegi Lumut.. Aku tak ingat aku mimpi apa sampai terkuar pasal lumut, perak tu. Dia yang dah mula biasa dengan aktiviti aku masa tido ni pun membalas.. Jom.. Yang best katanya walau masih tido boleh balas balik.. Ha.. jom - jom. Ha.. kau!! Kalau dah tido pun bleh berchitchat camtu tak ke haru biru unggu kelabu.

Ini bukan satu Lawak dari rancangan Raja Lawak musim tengkujuh yer.. Ini adalah realiti yang jadi dalam hidup aku sejak aku kecik. Sejak kecik lagi memang aku mengalami gangguan masa tido.. Mula - mula memang seremmmm.. Tiba - tiba badan rasa terhimpit sesuatu, then jadi kaku tak boleh bersuara atau bergerak tapi boleh lihat keadaan sekeliling. Bukan mimpi.. Tapi aku boleh nampak keadaan dalam bilik aku yang sama macam realiti. Bila dah lama - lama jadi biasa.. Time  kena camtu hanya boleh di atasi dengan ayat kursi. Yang pelik walau sebelum tido dah cuci kaki, dah baca 3 Qul.. (seperti makcik aku selalu petua), baca doa tido still aku tetap ngingau. Malu la beb.. Itu sebab masa zaman bujang ku aku susah nak bermalam rumah orang or rumah kawan - kawan.

Tapi ada satu kisah menarik pernah jadi dalam hidup aku dulu.. (sebelum kawen la), aku penah bermimpi aku terjaga dari tido then aku bangun. Suasana dia sama jer macam kat umah aku. Takde sikit pun lain.. sebab masa tu aku tertido dekat ruang menonton (depan tv). Bila aku bangun, tiba - tiba ada suara suruh aku tido balik sebab aku bangun di dunia lain.. So, aku tido, aku bangun lagi.. still benda yang sama aku nampak & suara yang sama bagitau benda yang sama sampai 7 kali aku bangun tido, barulah aku betul - betul terbangun. Dalam suasana yang sama kat umah aku. Sampai sekarang aku tak dapat merungkai.. Apa yang berlaku di sebalik mimpi aneh tu.

Dan satu lagi aku pernah bermimpi 3 hari berturut - turut. Memimpikan orang yang sama walaupun dalam relaiti kehidupan aku, aku tak pernah kenal pun orang yang datang dalam mimpi aku 3 hari berturut - turut. Tu pun aku tak dapat jawapan. Ada lagi satu mimpi aku yang pelik juga...Aku di datangi seorang perempuan tua yang bagi aku doa, katanya terdapat dalam Al_Quran tapi sayangnya aku tak ingat doa yang dia bagi. Aku rujuk makcik aku sebab sebelah ayah aku banyak berketurunan Bomoh, even arwah tokwan sebelah ayah pun bomoh juga. Dan adik beradik dia yang pompuan ada yang bidan & makcik aku pun bleh la skit2 nak buat - buat air penawar untuk orang ni menggunakan ayat - ayat Al-Quran. So, makcik aku cakap kemungkinan warisan tu nak di bagi pada aku tapi kalau tak nak jangan ambik. Maybe ilmu Bidan.. Wah, elok la aku apply jadi nurse kan??

Entahlah.. sampai sekarang aku tak dapat jawapan dari keanehan yang berlaku semasa aku tido. Samada mengingau atau mimpi pelik. Pernah adik perempuan aku kena histeria kat sekolah & mak ayah aku bawa pegi berubat kat sorang pengamal perubatan ni.. Dia pernah bagitau mak aku dalam family aku ada dua orang saja yang bakal mewarisi ilmu yang tokwan aku ada dulu.. samada aku atau adik aku yang kena histeria tu. Tapi ilmu tu bukan ilmu hitam, yang nak mewarisi perlulah kuat beribadat & solehah gitiew. Macam aku ni tak bapa cukup syarat. Pun begitu tak terlintas di hati aku nak semua tu. Berat tu!!

So, kalau Uolls ada petua - petua yang boleh di kongsi mengurangkan chitchat aku masa tido ni.. share2 kan la yer.. Aku tak sanggup lagi kena gelak!!!!!!!! Maluuuuuuuuuuuuuuuuuu

8 comments:

  1. hehehe..basuh kaki n baca doa tak???
    boleh bocor rahsia macam nie kalau cakap lam tido.

    ReplyDelete
  2. walaupn kdg2 ter skip step2 sblm tido.. kalau x skip pun still berlaku. setakat ni chitchat sy yg merapu merapan jer.. xde rahsia2 ptg yg terkuar ms tido

    ReplyDelete
  3. pernah juga jadi kaku masa tidur, orang kata kena himpit. sampai tercekik. dlm masa yg sama baca apa yg patut. bila sedar, laju je jantung.

    ReplyDelete
  4. cekla ayat kursi je paling mujarab time tu.. pastu atasi ketakutan.. lg kita takut lg lama dia himpit.. beranikn diri melawan

    ReplyDelete
  5. adeh, baru semalam sepupu cikliyana ngigau! siap nyanyi lagi ! bediri bulus!!! huhu takut! berantu!

    ReplyDelete
  6. cik getah.. skali skala ngingau tu normal.. ni kekerapan yg melampau batasan kesabaran dah ni.. kekekeke

    ReplyDelete
  7. bahaya jugak mengigau ni.. takot tercakap rahsia.. hehe.. mcm mber kakak saya.. mmg tiap hari mengigau cerita semua rahsia dia.. haha.. kesian tau..

    ReplyDelete
  8. Aini.. setakat blom lg la ckp benda2 yg berkaitan rahsia

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com