Orang beraya aku tak abis - abis dengan blog. Abis blogwalking.. rata - rata semua buat entru pasal raya korban.. sembelih lembu, kambing, unta.. tenuk!! erkkk.. tenuk takde! Meriah korang ekk beraya sakan dengan family.. Den biaso jo raya sorang diri. Pagi2 mak dah call tanya buat apa, makan apa.. Tak pergi beraya ker?? Thanks mak.. Prihatin sangat. Itulah naluri seorang ibu.. Walau anak dah besar panjang.. (besar & panjang ke aku selama ni??) tetap runsing di hati tak pernah hilang. Takut anak sakit.. takut anak lapar.. takut anak sedih. So si kesempatan ini anakonda mu ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA MAK, MAAF SEGALA SALAH SILAP DAN DOSA SELAMA NI. JANGAN RISAU WALAU TAKDE LEMANG,KETUPAT, RENDANG OR JUADAH RAYA.. anakonda tetap ada makan kat sini yer mak. Jangan sesedih.. ada lima orang lagi anak mak yang beraya dengan mak tu. Sorang takde buat - buat lupa kejab. Nikmati raya dengan penuh kegembiraan. Nanti kita calling2 & chitchat sampai abis kredit yer.
Okey sudah!! Tu cuma iklan penaja sempena aidiladha.. Meh kita ke isu nak di kupas kupis hari ni..
Bila banjir masing - masing tak kira haiwan atau manusia mencari tempat perlindungan untuk menyelamatkan diri dari cedera mahupun maut. Sebab Allah ciptakan setiap makhluk mempunyai Otak untuk berfikir. Manusia adalah paling sempurna ciptaan Allah tapi ada juga manusia yang tak reti nak gunakan Akal. Haiwan walau berotak tapi tak mempunyai akal yang sempurna seperti manusia pun tahu fikir. Dia tahu mana bahaya.. Mana selesa.. macam mana nak pertahankan diri walau kudrat tak sekuat manusia.
Alkisahnya sekor kucing bernama BONG yang lari panjat pokok kelapa nak selamatkan diri dari banjir.. 13 hari hidup atas pokok kelapa tanpa makan & hanya minum air hujan sebelum di bawak turun oleh seorang pemanjat pokok kelapa. 13 hari tu!! Itulah orang kata berpantang ajal sebelum maut. Tengok tu adik - adik kucing pun tau bahaya banjir.. korang jangan lak nak main2 air time banjir ni. Suka sangat berenang kat air banjir. Air banjir tu bukan saja bahaya tapi kotor. Yang best tu bomba pun gagal nak turunkan kucing tu.. alih2 pemanjat pokok kelapa juga yang berjaya. Wah.. tak semua kelengkapan moden itu mampu menyelesaikan masalah.. Alih2 yang tradisi juga di gunakan. Apapun.. Itulah kuasa Tuhan.. 13 hari tanpa makan & hanya minum air hujan di celah pelepah tetap hidup sehingga di selamatkan. Buat renungan semua & saya juga. Pada korang yang nak baca artikel ni boleh la clik :
Kucing terperangkap 13 hari atas pokok kelapa
pokok kelapa? uish, hebat kucing ni
ReplyDeletepnjg lg umur diamsh hidup lps bertarung nyawa slama 13 hari
salam aidiladha
Kuasa Tuhan... Bila dalam keadaan takut, kdg2 kita sendiri pun tak sedar sesuatu yg kita x blh buat jadi boleh buat. Salam aidiladha juga buat kamu penaberkala
ReplyDelete