MENGGUNAKAN KELEBIHAN SEBAGAI SATU PELUANG.. salah ker??
Ambil kesempatan yang ada untuk mendatang hasil selagi ianya tidak melanggar hukum agama.. undang - undang & juga hak asasi manusia. Itu tidak salah. Dalam usaha yang di lakukan oleh en blogger tu memperkenalkan blog2 baru bukan saja menguntungkan sebelah pihak malah aku nampak kedua2 pihak mendapat manafaat. Aku pun penah join.. Lepas aku join ada jugak kenalan2 blogger baru yang menjenguk blog melekit aku yang comot ni. So, dimana salahnya?? Kalau ia di katakan ambil kesempatan... aku setuju. Aku pun ambil kesempatan juga dengan join program2 blog review en blogger tu untuk memperkenalkan blogger2 baru pada visitor2 nya. Mempergunakan sesama sendiri.. Dia guna kelebihan yang dia ada sebagai blogger popular untuk meninggkatkan traffic di blognya, kita pun tumpang kesempatan itu untuk memperkenalkan blog kita pada visitor2 nya juga. Even... nuffnang pun ambil kesempatan pada blogger untuk menumpang iklan. Kelebihan mereka ada duit... Kelebihan kita yang memacak iklan nuffnang adalah dapat duit. So, sama - sama untung. Standard la yang kuar modal mesti keuntungannya lebih, berbanding kita yang bekerja & makan gaji. Ye tak?? Kenapa harus di jadikan isu sedangkan ia program yang sihat & memberi keuntungan kepada kedua dua belah pihak. Patutnya berterima kasih.. At least, dia menolong memperkenalkan blog kita dari bersawang takde pelawat.
Orang yang membuat isu maybe cemburu dengan sambutan yang di berikan oleh blogger terhadap program mahupun contest yang di anjurkan en blogger popular ni. Kalau korang popular & ada kelebihan macam dia korang pun boleh buat benda yang sama & sudah pasti mendapat perhatian blogger2 melukut di tepi tandas awam macam aku ni. Dah lumrah hidup.. setiap apa yang kita buat walau berniat baik sekalipun pasti ada mata2 yang sakit & rasa tak puas hati. Gunakan konsep.. Pekakkan telinga, butakan mata pada spesis2 camtu. Tak payah ambil hati sangat. Tak mati pun kita dengan cakap2 sumbang tak berasas.. Tuhan akan tolong selagi perbuatan kita di sertai dengan niat yang baik (make sure perbuatan tu juga baik la). So, sebagai penutup bagi aku tak salah menggunakan kelebihan yang ada sebagai satu peluang untuk diri sendiri. Bonus pahala jika kelebihan itu membantu orang lain. The end.
biarlah orang tu nak kata apa, janji kita tak buat salah kat orang, kan.. heheh
ReplyDeletebetul.. saja jer nak bagi pandangan peribadi sebab ia isu yang agak menarik. At Least ada idea untuk update blog.. Biasa la manusia PHD tu pasti ada maybe bkn semua.. tp kebanyakkan
ReplyDelete