PERISTIWA DI TANGGA

11/19/2010 10:28:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

Nak serkap pastikan jaring halus mulus & telus yer..  Jangan suka2 nak serkap jarang tanpa usul periksa. Alkisahnya..

Sedang aku menapak satu persatu anak tangga nak turun dari tingkat 9 ke bawah dengan menjinjing satu plastic bag berisi sampah sarap untuk di humban dengan mulia kedalam tong sampah untuk di pungut oleh petugas - petugas yang berwajid keesokkan harinya.. aku di sapa seorang abang.. yang aku tak pernah tanya namanya.. atau umah dia tingkat bapa or no apa. Just aku kenal & tau dia dah lama tinggal satu blok dengan aku. Dia ni jenis peramah.. dari aku sebelum kawen dia rajin menyapa aku bila terserempak. Orang berbudi kita berbahasa la kan.. Dia menegur dengan baik, aku membalas pun dengan baik Tapi tak pernah la terjadinya adengan pemborakkan yang lama.. Selalunya dia akan tegur time aku balik keja.. baru balik?? Camtu la kiranya ayat dia.. Dia seorang lelaki yang dah ada bini & anak.. Dan teguran dia tak berbaur pengoratan just say hi je la..

Alkisahnya hari itu.. (iatu semalam kot.. erkk lupa la) aku sedang asyik membilang jumlah anak tangga yang telah aku pijak lanyak.. dia pun kebetulan menggunakan tangga juga untuk kebawah tanpa aku ketahui sebab musababnya. Aku guna tangga sebab aku bawak sampah.. Kang berbau satu lift lak.. Atas rasa hormat pada pengguna lain, so takpe la aku bersenamrobik skit. So, macam biasa dia tegur.. Pegi mana?? Aku pun balas.. Turun bawah, nak buang sampah. Then dia tanya.. tak keja ker?? Aku pun balas.. Dah tak keja sekarang. Dia pun sambung lagi.. "ok la tu tak keja pun tak pe ada orang support." Aku takut dia salah paham aku pun cakap.. "saya dah kawen la bang.. so dok umah je la." Dia kata.. " Rasanya kawen dah lama kan tapi nikah baru jer.." Sentap aku!! Wah.. ko tau ke tarikh aku nikah bila?? Statement menyindir tu buat aku rasa skit lagi nak tukar kaler hijau.. Taknak kalah aku pun cakap.. " Saya dah dekat tujuh bulan nikah bang!".. Dia yang termalu pun balas "Nikah tak jemput pun.." Aku pun balas sebab tak nak kalah dengan mulut hanjs dia.. "Takkan saya nak jemput satu Apartment ni pergi majlis saya kat kedah sana.. Lagipun saya jemput orang yang ada kena mengena jer.." Pastu trus diam.. aku blah jer. Dia pun takde terus menginterview aku lagi.

Ewah - ewah kau.. tak tau hujung pangkal.. tepi kiri kanan.. ko suka- suka jer nak tuduh aku bukan - bukan yer.. Memang la aku tinggal kat sini dari bujang sampai dah kahwin. Dulu tengok selalu sorang - sorang balik.. sekarang kadang - kadang nampak berdua naik lift ke rumah. Nak tanya time husband aku ada tak nak.. Cari point nak sindir aku rupanya. Padan muka kau!! Malu sendiri. Make sure lepas ni kalau kau jumpa aku lagi.. sarung muka dengan beg sampah. Jangan bagi aku pandang.. pasti aku menyampah!

Moral of the story.. Malu bertanya sesat jalan.. erkk... ada kena mengena ker???

4 comments:

  1. sesedap rase je kan??? ni lah yang dikatakan kerana nila setitik rosak susu setempayan. tak pasal2 susu dalam tempayan yang kena. kesian..kan?

    kalau dah terlebih peramah, kadang2 boleh main lepas je cakap! patutnya dia tanya abby dah kawen blom. sempit betul fikiran dia.

    inilah antara ciri2 orang sekarang. konon open minded, moden sangat tapi MIND ape yang di OPEN kannya tu pun tak taulah. tang mana yang modennya tah!

    tak larat hari2 makan pengat, sendiri mau ingat! huhuhuhu..

    ReplyDelete
  2. Tu la pasal.. sy ni bkn jenis ramah tamah sgt. lgpun tggl kat tmpt2 cmni masing2 byk buat hal sendiri.. seko dua jer yg wartawan x bergaji.. So,mcm2 la org pk.. dh la sy ni kecik mcm budak2.. so, ramai igt sy blom kawen & hubby tu boipren.. hubby pun muka babyface lagi.. igt kitorang cintan cintun lg la kot.. tp x slh bertanya.. jgn menuduh

    ReplyDelete
  3. lenkali humban je smpah tu kat baju dia.. tehehhehh :P

    ReplyDelete
  4. mamat tu nak cari point tuk sembang. tapi salah tune.... teori pertama.

    mamat tu dah lama simpan rasa geram nak tegur konon2 jgn buat maksiat, tapi dia salah teka... teori kedua...

    tapi pape pun..tak patut tak patut....

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com