SEKADAR MENCUBA

11/24/2010 11:23:00 AM suria lekatlekit 10 Comments

1st time nak merasa tengok wayang free.. 1st time join nuffnang contest..& 1st time menang... tetiba jadi isu. Walaupun isu itu mempertikaikan sistem penjurian Nuffnang dalam contest cerita kreatif Rapunzel tapi tempias dari pertikaian yang di buat oleh seseorang tu aku pun turut jadi mangsa bila blog & link aku di highlight sebagai bukti cerita yang tak kreatif boleh dapat invite premier screening untuk filem Rapunzel malam nanti.

Adakah lebih baik jika cik tu hanya copy & paste cerita yang di rasakan tidak kreatif tanpa perlu share link di blog nya. Memang dia berhak bersuara ketidakpuasan hatinya tentang sistem penjurian nuffnang untuk contest tu tapi cik itu juga perlu menghormati orang lain. Memang perasaan marah, geram & tak puas hati di tujukan pada pihak lain tapi tempias kesan dari semua tu kami (antara mereka yang di highlight sebagai tidak kreatif yang terpilih untuk dapat 2 tiket tayangan perdana Rapunzel) juga terkena. Orang akan mencebik.. clik ke blog yang di paparkan di blog cik tu sebagai tidak kreatif & memandang rendah pada hasil tulisan kami. Sungguhpun tak kreatif kami tetap mencuba.. Terpilih mungkin sebab "LUCK".

Bagaimana mereka mengadili contest tu.. Aku tidak begitu pasti. Aku membuat entry ni setelah aku membaca sendiri di blog cik itu tentang khabar2 angin sebelum ini. Ada blogger bagitau ada orang mempertikaikan tentang aku menang tiket Rapunzel.. Ada blogger lain lak bagitau blog aku kena komen.. Aku yang terpingga2 tak tahu apa cuba juga cari penjelasan.. Bila aku jumpa baru la aku buat entry ni. Bukan untuk membalas.. Malah aku tak perlu marah sebab cik itu hanya mempertikaikan sistem penjurian tapi sekadar menegur apa yang aku rasa tak betul di situ. Untuk ingat mengingati sesama sendiri juga diri sendiri.

10 comments:

  1. saya ade bace blog yang mempertikaikan penjurian contest ni..
    kenape dia tak puas hati dengan orang yang memang..
    tak phm betul

    ReplyDelete
  2. bestnyer dpt tgk rapunzel free..
    lya minat gak rapunzel ni

    ReplyDelete
  3. tu hak di nak pertikaikan apa saja just kat sini sy nak tegur dia untuk hormat hak org lain jugak

    Lya.. tak sangka plak terpilih... x pe nnti kuar kt cinema ajak Fain gi tengok yer

    ReplyDelete
  4. huhu..bestnya dpt tgk free wayang...tahniah hehehe :)

    ReplyDelete
  5. cekla pun terkejutzz gak pasal ni.

    ape pun, kita dpt tgk cite ni kan?

    hehehehe..

    ReplyDelete
  6. mng ticket ke abby?besh nyer..
    kalo x mo g..meh bgi cma he3..
    ade 'cik' yg x puas hati ke?
    iskh3..kesian cik tu..

    ReplyDelete
  7. cma kalau nk bg pun dh x blh sbb tayangan dia smlm.. kita pegi dgn hubby.. pasal cik tu biar la.. yg ptg dpt tgk Rapunzel premier screening in 3D lagi..

    ReplyDelete
  8. hmm.. menang kalah kan adat... alah... ignore je semua tu... paling tidak pun ambil positif je.. orang kritik entry kita, maksudnya ade ruang untuk kita perbaiki... jgn risau... tahniah jugak..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com