TAJUK LAIN, CERITA LAIN

11/18/2010 02:39:00 AM suria lekatlekit 7 Comments

Tajuk : Jatuh longkang
Jalan Cerita : Kisah pergi picnic dengan family pastu buat bbq.. sambil usha pakwe2 hensem

Tu contoh jer... Bukan kisah sebenar pun tapi ada kaitan dengan sesetengah blogger buat gimik camtu. Apa pendapat korang?? Tengok tajuk konon macam hot.. padahal cerita suam2 bontot jer.. kadang tak suam pun sejuk beku trus. Takde apa pun yang menarik. Apa perasaan korang??? Sedikit kehampehan mesti rasa jugak kan?? Kalau yer pun nak buat gimik untuk menarik perhatian orang clik blog korang jangan la indah khabar dari rupa. Dah menipu tanpa korang sedar tau! Tak baik aniaya orang.. Doa2 orang teraniaya Tuhan makbul tau even dia kafir sekalipun. Cewah... Jadi ustazah plak.

Aku tengok trend Tajuk lain, kisahnya langsung takde kena mengena dengan tajuk dah kian berjangkit kat sesetengah blogger. Macam kurang manis jer perbuatan camtu. Yelah.. kita nak blogwalking pun kita pilih juga tajuk yang best - best nak baca.. Hope isi kandungannya juga best tapi bila clik jer.. Gah pada tajuk padahal kisah dalam tu takde langsung kena mengena dengan tajuk. Taktik berblog camtu macam mengenakan orang jer. Cipta la tajuk yang nampak menarik & sesuai dengan entry yang kita tulis.. Membaca hak pembaca.. Hak kita cuma menulis. Mereka berhak membaca apa yang mereka suka bukan macam di tipu dengan tajuk camtu. So, pada Uolls yang terasa.. harap maaf yer. Walaupun aku blogger tapi aku juga pembaca cerita dari blogger2 lain. Aku bersuara atas dasar pandangan peribadi. Dengan niat menegur bukan menjatuhkan sesapa.

Yang baik kita jadikan teladan.. Yang buruk kita jadikan sempadan.

7 comments:

  1. he3..betul3..cma byk kali terkena ngan tajuk sedemikian..tp..inrisari lain benor..
    hu3..

    ReplyDelete
  2. ha'ah yer la..jujur ckp mmg tak suka, unless contentnya lebih menarik dr tajuk yg gempak tu..tp selalunya tidak..huhu

    ReplyDelete
  3. tu la pasal.. tak kisah la tajuk lebih hot dr isi kandungan yg penting ada kena mengena.. Takde la rasa tertipu sgt

    ReplyDelete
  4. itukan cara nak tingkatkan trafik..
    tp tak elok disalahgunakan tajuk macam tu..takut nanti boleh buat pembaca lain menyampah plak.. betol tak??

    ReplyDelete
  5. betul tu Oppa.. tu kira satu penipuan. So letak la tajuk yang ada kena mengena dengan entry.. Pandai2 la nak kontroveriskan tajuk tu janji tak jauh bersimpang dari kisah yang ada

    ReplyDelete
  6. memang bosan kalau jumpa entri macam tuh, just nak tarik trafik je. memang la blog nih untuk tarik trafik tapi biarlah tajuk sama gah dengan contentnya. nih tajuk je over tapi isinya ntah apa-apa bengang jugak.

    ReplyDelete
  7. sapa2 pun rasa bengang.. kalau skali maybe ok.. tp berkali2 rasa alahai dik.. kalau takde idea jgn la post

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com