TAKDE USAHA ESCALATOR, MAHUPUN LIFT KEJAYAAN

11/14/2010 01:10:00 AM suria lekatlekit 3 Comments

Kenapa orang sebut Usaha tangga kejayaan?? Kenapa tangga?? Kenapa tak fligt, LRT, escalator, lift, bas, teksi, kereta or sebagainya?? Kenapa juga tangga?? Kan penat daki tangga sedangkan skang orang dah guna escalator & lift nak naik tingkat yang tinggi2?? kenapa?? kenapa?? Dan kenapa?? Jom kita kupas kupis..

Takde kejayaan mampu di raih dengan mudah.. Sebab tu orang gunakan Usaha tangga kejayaan. Kita perlu berpenat, berlenguh, berletih, bermengah dulu baru la sesuatu yang kita usahakan mendatangkan hasil. Dulu kala mana ada lift, mana ada escator.. Tangga la di gunakan untuk memanjat tempat yang tinggi. Dari tangga jugak la terilham lift dan escalator ni?? Betul tak??

Bagi korang yang mudah terpengaruh dengan iklan - iklan yang untuk meraih kejayaan dengan mudah cuba renung sejenak.. Kalau betul ia semudah klik & goyang bontot kat umah, tiap2 bulan income masuk mencecah gaji pensyarah.. Kenapa ramai lagi yang masih menagih tabung dari Along?? Even nak dapat $$ dari nuffnang walau hanya duduk kat umah pun tetap kena berpeluh jari jugak cari idea nak taip kat blog, cari strategi nak buat orang view blog kita.. nak kena blogwalking, blogjogging, blogmaraton bagai.. kan??

Kadang - kadang satu kepelikkan aku rasa orang yang mudah percaya pada janji manis pengiklan yang memberi gambaran yang mudah sangat untuk dapat duit. Takde benda senang untuk jadi senang. Percayalah!! Apapun guna konsep usaha tangga kejayaan.. Takdenya Usaha Lift kejayaan.. Masuk, tekan no tunggu! So pada korang di luar sana.. luaskan pemikiran sebelum menjebakkan dalam apa juga bisnes yang mengambarkan terlalu mudah untuk beroleh keuntungan. Takut - takut ada pihak sekadar mengambil kesempatan jer.. Janji tinggal janji.. kau melopong tak bergigi.. abis semua gadai kat ceti sapa rugi?? Lu pikir la sendiri.. erkk.. Jangan lu pikir macam Si empunya tagline ni. Sekarang dia melopong cari idea apa nak bagi statement kat wartawan nanti. Op's sudah.. jangan menyindir beliau lagi. Moral of the story Jangan jatuh di timpa tangga padahal ko guna lift masa nak naik. Erkk.. aparah moral.. tak bermoral langsung! ceh!!!

3 comments:

  1. betul geng... naik dengan usaha kita sendiri.. tapi kalau ada lift yang nak ditumpang kira kredit la tu kot.. tapi jangan pula lupa diri...

    ReplyDelete
  2. haha. stuju2, xde istilah lain slain tangga
    lift ke, ape ke tak leh pakai
    even kahwin pun org guna rumahTANGGA
    Xde lg org guna rumahLIFT,kah3

    ReplyDelete
  3. tangga melambangkan permulaan dr bawah ke atas.. Tangga melambangkan usaha yang memerlukan pengorbanan untuk keatas.. Tangga melambangkan sesuatu kejayaan tak di raih dengan mudah tanpa usaha yang bersungguh2..

    Sekolah ku guru ku.. dari mu ku pungut ilmu.. pengetahuan TANGGA darjat.. pesan mu penuh berkat << ini adalah lagu skolah sy ms skolah rendah.. highlight kat tangga darjat jer.. tetap tangga

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com