TOYOL BUNUH IBU

11/10/2010 08:47:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

Apa kes plak ni kan?? Anak toyol mana la derhaka sangat ni bunuh ibu sendiri. Meh sini dekat - dekat & rapat -rapat.. Bukan nak jual ubat.. tak juga nak mengorat just nak kupas kupis cerita ceriti hari ini..

Dari tadi nak baca paper.. Asyik lupa jer. Ketagih blogwalking lak skang. Jadi kusyuk lak dok baca blog orang sana sini sinun.. Memang dah hobi membaca nak buat camna kan?? Isu hari ni di cedok dari Sinar harian. Ni pun kes terlampau rajin membaca juga ni. Tapi membaca benda2 tahyul & menyesatkan. Kisah sorang mamat yang masih muda rumaja gitu.. baru 23 tahun. Dia ni di katakan terpengaruh dengan buku mengenai makhluk halus. Sehingga sanggup menetak belakang kepala ibunya... Kenapa dia buat camtu. Dia kata mak dia ni dah lama mati tapi yang ada cuma jasad yang di kuasi saka & santau. Uikks.. misteri sungguh kan?? Dia juga mendakwa dirinya toyol. Uwakakakakaka.. Kelakar plak rasa hati ini. Kita amik masa 5 minit untuk abiskan ketawa yer...
 Okey dah cukup ketawa tu.. kang masuk syaitan dalam mulut terus rasa diri bukan manusia lak. Alih2 rasa diri cam pontianak.. langsuir pulak. Lagi bahaya takut ada orang berdekatan jadi mangsa lak. Tapi setelah di soal siatan Abang polisi.. Rupanya mamat ni telah belajar ilmu sesat & di pengaruhi ganja. Aduhai... Apa nak jadi dengan dunia sekarang ni kan?? So, pada Uolls semua.. Jangan cuba mempelajari sesuatu yang bertentangan dengan hukum agama. Bila diri di kuasi Syaitan & iblis.. gitu la jadinya.


 Buku ini didakwa sering di baca.. Yang pegang buku tu bapak dia

Pada korang nak baca artikel ni bleh la clik : Pemuda amal ilmu salah tetak ibu 
atau untuk berita lebih terperinci anda bleh clik juga lama HM online : Bertakbir dikapak anak

2 comments:

  1. bende2 mcm ni nak percaye mcm x nak percaye
    tp bendenye mmg wujud

    check it out:superbaby yang gile tapi cute

    ReplyDelete
  2. semakin maju dunia semakin banyak plak org percaya benda2 tahyul camni

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com