07 November 2010

WANITA PALING RAMPING.. siapa???

Pagi - pagi buta baru nak update blog, apa kes?? Yelah siang tadi ada aktiviti merayap skit dengan encik hubby.. balik pun dah midnight so baru bleh nak online. Jenguk2 blog.. & jenjalan kat blog orang. Tak lupa jugak mengskodeng akhbar online seperti biasa. Mesti ada orang mencebik.. Takde idea nak update blog, cedok cerita dari akhbar buat entri. Bukan takde idea.. Tapi dah aku rasa artikel tu menarik.. aku share la. Aku bukan copy paste bulat2 artikel tu tapi aku taip sendiri dengan pendapat peribadi aku skali.

Berbalik pada segmen kupas kupis kita kali ni.. Tadi jenjalan kat Kosmo Online.. Semak - semak cerita cerita, berita beriti.. Jumpa la satu artikel berkenaan sorang pompuan yang berpinggang ramping sampai nampak buruk la aku tengok. Dia mempunyai saiz lilitan pinggang berukuran 18 inci (45.7 sentimeter). Tapi bukan la pinggang dia paling kecik.. ada lagi pompuan yang memegang rekod pinggang kerengga ni. Pemegang rekod pinggang teramping di dunia yang masih hidup ialah seorang nenek berusia 73 tahun, Cathie Jung dari Carolina Utara, Amerika Syarikat (AS).mempunyai lilitan pinggang 15 inci (38.1 sm). Ia hampir menyamai saiz biasa botol mayonis. Bentuk badan sebegitu bukan diperoleh Cathie kerana kekurangan nutrisi atau masalah kesihatan, sebaliknya hasil pemakaian korset yang diamalkan sejak 27 tahun lalu. Mengenakan korset 24 jam setiap hari sejak tahun 1983, satu-satunya masa dia menanggalkannya ialah semasa mandi atau mengeringkan badan. Kau tak gila pakai korset 24 jam sehari?? Mula terpandang korsert2 yang dalam bilik stor umah aku ni?? Sepupu aku punya. Ada banyak pasang lagi. Dulu dia meniaga korset, tapi skang tak lagi dah. Yang balance2 tu tak amik lak masa dia pindah. Nak pakai pun pinggang aku rasanya dah cukup kecik.. Taknak la aku pinggang jadi sebesar botol kicap lak nanti. Kang kena jentik trus patah lak. kekekekek.. Cantik ke pada pandangan korang?? Macam tak balance jer aku tengok. Apapun lain, lain pendapatnya. Cantik di mata tiap orang tak sama. Kalau korang nak baca artikel tu bleh la clik : Wanita pinggang teramping

 Komen ikhlas aku : B.U.R.U.K

5 Komen Melekat:

shahazrin said...

lelaki ada tak?hehehe

LYaFRINA said...

eee.. takottttttt....

mcm kerengga dahhh

Nurfarah said...

macam tak normal je pggang mcm tu hehehe.....:)

Mohd Ridhwan said...

nmpk pelik dan menyakitkan bdn saja

suria lekatlekit said...

shahazrin.. bleh je kalau nak pakai. tp cmna ekk kalau pinggang kamu yg ramping tu. kekekeke

lya.. tgk mcm x stabil je kan??

Miss Farah.. tu la farah tp ada yg rasa ia cantik

red one.. manusia ni memang pelik.. sanggup menyakiti tubuh untuk kelihatan menarik.. (dia la rasa menarik.. org lain blom tentu)

Post a Comment

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;