WIDGET KAT BLOG KAMU COMEL TAPI....

11/20/2010 03:22:00 AM suria lekatlekit 5 Comments

Meriah karipap pusing bila clik blog gadis  - gadis comel.. widget2 yang berterbangan.. sungguh indah.. bagaikan salji berbentuk macam - macam turun dalam blog mereka... Kecomelan itu sudah pasti lebih menandingi blog aku yang comot & berbackground hitam legam & sidebar yang kuning pekat...

Dah banyak blog yang penuh widget berterbangan aku masuk & cuba comment or say hi kat shoutbox malang sekali.. bukan takat 2 bukan 3 malah berkali clik button comment or shout mesti kuar page widget index. Aduhai.. widget2 itu dah menghalang aktiviti berkomen aku di blog korang. Maybe aku ni budus skit.. tapi rasanya widget2 yang melampau sehingga mengganggu proses berkomen di blog korang mesti sedikit merugikan, kan?? Cantik memang cantik.. menarik dah tentu.. comel tak dapat di nafikan cuma itu je masalahnya.

Aku ni kan ada je nak kondem orang, kan?? Ooo.. itu bukan maksud aku. Just aku cuma nak bagitau.. sebab aku memang suka blogwalking bagai ni.. Aku memang suka berkomen sebab menghargai penat lelah dorang taip story kat blog.. Kalau takde idea nak komen pun aku tinggalkan kesan kedatangan tu kat shoutbox.. tapi bagaiman kalau ianya di halang widget.. Korang tak tau kan aku dah skodeng blog korang. Dah rugi satu comment dari aku.. kekekekeke (sesungguhnya comment itu amat berharga bagi blogger.. aku pun rasa camtu)

So, camna ekk nak elak dari ter clik widget korang masa aku nak berkomen romen di blog korang?? Kalau aku bodoh tolong ajarkan.. kalau aku sekadar memberi pendapat & korang rasa setuju.. sila kurangkan yer. Demi memajukan traffic di blog korang jugak. Apapun selamat berblogging Uolls.. Peace No war!!

5 comments:

  1. betul3! sangat lah rimas kadang2! page tu jadi berat. kadang2 hang screen carol cekla ni! heeeee...~

    ReplyDelete
  2. biasa la cekla gadis2 ni.. dorang memang suka benda2 camtu.. just nak bagitau dorang apa kelemahan widget tu

    ReplyDelete
  3. hye...sy punye blog pn ade widget mcm kakak maksudkan. so, utk mengelakkan dari xboleh nak komen cmtu, sy wt auto hide shoutbox. and, bila click kt shoutbox tu...bolehlah kita comment dgn senang lenang...hee~

    for the "hang" or lmbt nk loading tuu... mmg diakui...tp boleh mengindahkn mata2 pen'skodeng' semua.hee~

    ReplyDelete
  4. citarasa berbeza.. apapun terpulang la pada diri masing2.. indah memang indah dik... tapi di sebalik kelebihan yang dia ada.. ada juga kelemahannya... Takpe la dik... biar la widget tu kalau adik rasa selesa.. nnti akak skodeng blog kamu yer.. maybe something akan bleh belajar

    ReplyDelete
  5. I will add this blog to my favorites, it is great.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com