15736 VISITOR SEMINGGU BLOG 2DAYBLOGGER.COM CONTEST

12/17/2010 04:03:00 AM suria lekatlekit 10 Comments

Perkenalan yang amat bermakna dengan satu blog ni membuatkan sesuatu yang aku tak faham tentang nuffnang selama ni.. Pagi ni aku jadi faham sesangat sebab penjelasan yang di beri amat jelas terang lagi mudah di fahami. Blog sapa tu.. Meh semua gi skodeng. http://www.2dayblogger.com/blog/ Banyak tutorial yang berguna pada blogger yang masih melukut tepi longkang macam aku ni.. Aku nak share skit



Macam Mana Nak Dapatkan Duit Dari Nuffnang?

Terdapat 3 jenis pengiklanan yang disediakan oleh Nuffnang iaitu Campaign(CPC),Buffered Earnings dan Advertorials .Ini penjelasan yang telah dibuat oleh Blur.Saya ambil dan kongsikan disini:-
CPC (Cost per click)
  • Earning anda adalah berdasarkan click visitor anda kepada iklan anda… Iklan nie selalu ade pukul 12 tengah malam dan 12 tenga hari… Pukul 4-6 petang pon ade jugak…
CPM (Buffered earnings)
  • Earning ini adalah bagi blogger yang mempunyai unique visitor yang maintain 200+ sehari… Earning ini dimana advertiser akan berurusan dengan pihak Nuffnang untuk menyewa tapak di blog anda dengan mengikut bilangan unique visitor anda…
  • Katakan Celcom tertarik dengan blog anda dan ingin menyewa untuk 200 UV sehari selama seminggu… Jadi tiap -tiap hari bermula pukul 12 tengah malam iklan nie akan muncul di blog anda dan akan hilang apabila UV anda mencecah 200 UV pada hari tersebut…
  • Iklan ini selalu berlangsung selama 1 minggu…
  • Jika ada visitor yang mengclick iklan ini anda juga akan mendapat earnings untuk CPC bagi iklan ini secara automatik… Ianya akan dikira sekiranya iklan yang diklik melebihi 0.2% daripada nilai keseluruhan BE anda…
  • Jika tidak earning untuk CPC tersebut akan burn…
Advertorials
  • Ini merupakan earnings yang sangat advance di dalam Nuffnang… Earning nie merupakan sesuatu yang confidential dimana mereka yang mendapat earning ini tidak boleh mereveal nilai earnings mereka…
  • Format earnings ini pula adalah di mana jika ada Advertiser yang tertarik dengan blog anda dan anda mempunyai bilangan UV yang tinggi maka mereka akan beriklan dengan anda…
  • Caranya ialah anda dikehendaki menulis 1 post berkenaan produk terbaru mereka ataupon berkenaan website mereka…
  • Earnings ini paling masyuk sebab nilainya boleh menjadi beratus-ratus satu post dan mungkin menjadi beribu-ribu satu post…
  • Untuk medapat iklan ini anda perlulah mempunyai UV yang sangat tinggi dalam masa sehari dan mempunyi content blog yang menarik… (UV tak sure plak berape ramai sehari)
  • Contoh iklan advertorials nie anda boleh tengok post berkenaan Jipaban di blog Beautifulnara dan Hanis Zalikha nie…  [Sumber:Jenis-Jenis Pengiklanan Di Nuffnang oleh Blur]
Apakah Buffered Earnings Dan Metered Earnings
Buffered Earnings biasanya korang akan dapat sekiranya visitor korang melebih 100 uv-200 uv sehari.Pihak pengiklanan akan memberi ruang iklan di blog anda menerusi Nuffnang dan iklan berkenaan akan sentiasa terpapar di blog korang sehinggalah habis page impression yang diberikan oleh pihak pengiklanan.
Contohnya,Celcom memberikan ruang iklan anda dengan harga RM50 untuk 10000 page impression,jadi korang akan dapat RM 50 setelah page impression blog korang melepasi 10000.Bagi memudahkan korang dapat duit hari-hari,jadi pihak nuffnang akan membahagikan page impression dengan jumlah harga iklan itu supaya akaun korang akan mendapat duit setiap hari.Iklan Celcom itu akan bertukar menjadi Metered Earnings setelah blog korang melepasi page impression yang dibeli oleh pihak Celcom.
Cara Mendapat Buffered Earnings
Untuk mendapat Buffered Earnings,blog korang perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Nuffnang.Saya pun tidak berapa tahu syarat-syarat untuk mendapatkan Buffered Earnings ini dengan tepat tetapi blog korang mesti mendapat visitor sekurang-kurangnya 100-200 uv sehari.
Selain itu,korang kena mengemaskini biadota dan survey mengenai blog korang di akaun Nuffnang korang.Pastikan korang mengambil sedikit masa untuk mengemaskini akaun anda.Ini kerana,pihak pengikanan akan melihat biodata dan survey yang korang buat sebelum memilih untuk beriklan di blog anda.
  • Mesti mempunyai visitor sekurang-kurangnya 100 uv sehari
  • Mesti mengisi dan mengemaskini biodata diri di Nuffnang(ada dibahagian Blogger Bio)
  • Mesti update blog survey di Nuffnang(ada di bahagian Manage Blog)
  • Sekiranya masih tak dapat BE,try lah hantarkan email ke Nuffnang
Ni cuma sebahagian tutorial tentang nuffnang yang aku share sebab selama ni hanya part ni jer aku tak paham.. Untuk tutorial sepenuhnya korang boleh clik : Cara mebuat Duit Dengan Nuffnang

Dan kenapa korang perlu join 15736 VISITOR SEMINGGU BLOG 2DAYBLOGGER.COM CONTEST?? Di bawah adalah tawaran yang di beri & syarat - syarat penyertaan.

TAWARAN MENINGKATKAN TRAFIK UNTUK 15  BLOGGER BERTUAH!
Saya ingin berkongsi trafik blog ini bersama korang semua.Jadi saya ingin mencari 15 Blogger bertuah untuk direview di blog ini.Caranya cukup mudah iaitu:-
  1. Buatkan Entri Ringkas Bertajuk “15736 VISITOR SEMINGGU BLOG 2DAYBLOGGER.COM CONTEST-review mengenai entri dan blog ini.Korang boleh gunakan gambar-gambar atau mana-mana gambar di blog ini.
  2. Ajak rakan-rakan pembaca anda untuk menyertai tawaran ini.(tak perlu tag).
  3. Jadi follower blog ini.
  4. Tinggalkan URL entri anda dikomen ini.
  5. Pilih mana-mana tutorial di 2DayBlogger.Com dan buatkan review mengenai tutorial berkenaan(Optional).
Langkah ke-4 adalah optional.Nak buat atau tak,itu terpulang pada korang.Tapi lagi banyak korang buat review mengenai tutorial diblog ini,lagi tinggi peluang untuk dipilih.(Jangan lupa untuk tinggalkan URL di komen)
Tarikh tutup adalah 31 December 2010.
Hadiah Tambahan: Top-up RM 10 untuk 3 blogger tempat pertama hingga ke-3.

Korang pasti mendapat manafaat dari contest ni, So Jom join  15736 VISITOR SEMINGGU BLOG 2DAYBLOGGER.COM CONTEST

10 comments:

  1. wah
    cambesh2!
    thanx for nuffnang info!

    ReplyDelete
  2. menarik.. tnx for the info sis

    ReplyDelete
  3. Terima Kasih..saya dah review post ini...Terima kasih kerana sudi join aktiviti blog saya=)

    ReplyDelete
  4. waaa, bagus bah, aku mo join ni heheeee

    ReplyDelete
  5. blog beliau juga banyak tutorial.. so let's join

    ReplyDelete
  6. kalo gna lain selain CPC dapat ape?

    ReplyDelete
  7. Asyraf.. yg lain2 tu bleh baca kat nuffnang.. ada yang iklan amal jer.. nak terang pun den tak bapa pandai

    cekla.. nak paham sila skodeng blog beliau.. den tak bapa pandai nak jd cikgu ni

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com