AKU DAN TEATER

12/19/2010 09:03:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

Sejak belum berhijrah ke KL lagi aku memang dah minat dengan teater even masa tu blom berpeluang menyaksikan sebarang teater.. Al -Maklum la kedah, kan?? Aktivitinya tak sepadat di KL ni. Nak tengok apa.. Nak apa.. Nak buat apa serba serbuk ada. Tapi selalu tengok iklan atau preview teater ni kat tv. Dalam hati dah berdetik kalau tak dapat jadi pelakon teater pun dapat tengok teater pun jadi la... kihkihkihkih

Selepas berhijrah ke sini menyambung operasi mencari rezeki yang halal gitu.. Pun tak berkenalan dengan sebarang manusia yang sukakan teater membuat aku masih takde peluang tengok teater sebab aku tak tahu aktiviti teater ni kat mana. Sampai sekarang pun aku tka arif jalan2 kat kl sebab aku jarang menggunakan transport awam.. & tak pernah drive sebab tak tahu drive walau aku pernah try drive keta kancil akak aku punya dulu & berjaya juga la menggerakkannya. (Keta tu pun dah takde). Akibat terlalu di manja sejak berhijrah ke sini.. So, aku memang tak reti nak gerak sorang2 bila nak kemana2.

Selepas berkenalan dengan En. Hubby 1 tahun 7 bulan yang lalu.. Aku mula la memancing nak tengok teater ni. Kebetulan hubby pun pernah la layan teater.. & memang arif dengan selok belok KL ni. Confirm tak sesat kalau dengan En Hubby. Al-Maklum Anak KL.. Tanah Tumpah Darahnya kan?? Dia yang memang suka memanjakan aku dengan bawak pegi merayap sana sini.. Terus tengok jadual teater yang ada kat semua panggung teater kat KL. 1st teater aku tengok.. teater pendek2.. Ada 3 cerita yang aku dah lupa tajuknya. Tempat nya kat Panggung teater Dewan Bahasa & Pustaka kalau tak silap. Tempatnya kecik & penonton pun tak ramai. Teater pun  teater amatur jer.. Takpe la janji lepas hajat. Seterusnya kat DBKL teater yang sangat2 mendapat sambutan sampai sesak la panggung DBKL. teater bawang putih bawang merah.. Then Teater Peristiwa Di Zoo kat Taman Budaya Kuala Lumpur. Lepas tu dah banyak sangat teater aku pun tak ingat dah tajuk2nya kebanyakkan di DBKL atau Taman Budaya la. Belum ada rezeki nak tengok teater mahal kat Istana Budaya. Kalau tiket murah pun seat belakang. Arghh.. Apa barang tengok teater duduk kat seat jauh dari stage. Tengok wayang ok la.

Impian aku satu hari nanti aku akan tawan juga Istana Budaya.. Cewah!! Tunggu la ada rezeki berbukit2 nanti.. Aku amik seat paling depan skali biar nampak lubang idung pelakon tu. Tiket Confirm beratus.. Sekarang ni kalau nak bayar tiket teater yang beratus tu adalah lebih baik aku manafaatkan untuk rumahtangga aku yang baru sangat2 ni, Kan?? Walaupun minat.. Budget kena pandai. Tak elok membazir pasal minat. Dahulukan yang patut di dahulu, kan. lagipun artis2 yang berlakon teater kat Istana Budaya tu semua dah kaya raya & boleh tengok kat TV.. tapi di DBKL atau Taman Budaya kita boleh tengok bakat yang kadang2 lebih berbakat dari yang ada kat Istana Budaya yang selalu keluar TV tu. Disitu adalah insan2 yang ikhlas memperjuangkan teater bukan kerana di bayar mahal. Sungguh.. kadang2 aku sendiri kagum dengan kemampuan mereka membawa watak secara live kat atas pentas.

Itulah kisah di sebalik aku dan teater. Minggu depan ada teater kat DBKL.. tiket cuma RM5 je sorang. Teater hasil penulisan Lenny Erwan yang jarang mengecewakan aku kalau cerita yang dia tulis. Teater Bangsawan memang best kalau tengok. Tak caya minggu depan sabtu ahad sila serbu Panggung Teater DBKL.. Pukul 8.30 malam.. elok datang awal beli tiket dulu tau!

4 comments:

  1. wah..byknyer teater yg dah nengok..
    he3..cma pom,nama je dok kl..tapi xtau jln..sesat wo..ngeh ngeh ngeh
    cma kureng minat teater..tp pelakon2 teater tu bole dpt tabik springgg coz bole belakon live..

    cma nk bgi presentation pom ketaqqqqq lutut..

    ReplyDelete
  2. tak kenal maka tak cinta.. try pegi sabtu or ahad ni kat DBKL. best juga

    ReplyDelete
  3. DeQdEq minat juga..tp lbh kepada teater muzikal la....tp x penah lagi dpt gi tengok...

    P/S: kak abby org kedah ker? kedah tang mana? DeQdEq pun org Kedah gak...

    ReplyDelete
  4. uga ikut kalau ada awek teman tengok teater

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com