APA & SIAPA BERGAYUT TENGAH MALAM TU??

12/21/2010 12:38:00 AM suria lekatlekit 6 Comments

Apa tu?? Siapa tu?? Buat apa bergayut tengah malam macam ni?? Huhuhu.. menganggu tau! Tak takut ker?? Tiba - tiba datang.."Tet!".. Better stop or talian anda di putuskan!

Apa benda ni melekit?? Cerita seram apa pulak ni?? Tetiba je kau nak buat cerita seram memalam camni.. Dah kuat sangat ke tahap fear factor kau tu?? Op's bukan la... Ni kisah zaman rumaja dulu - dulu nak share dengan korang. Aku ni amat la suka bergayut tengah2 malam sampai dekat subuh sambil dengar radio masa zaman rumaja ku dulu. Bukan la bersenamrobik sambil terjuntai kat dahan pokok tu.. Bergayut kat telefon je dalam bilik. Aku ni seorang penakut.. Then bagi sesapa je nak ajak aku berbual selepas jam 12 tengah malam haruslah mematuhi syarat2 yang aku tetapkan. Syaratnya... Tak boleh cerita seram yang berkaitan hantu sehingga pukul 5 pagi. Nak tau sebab apa pukul 5 pagi??

Pukul 5 pagi tu Arwah Ayah aku akan bangun.. Then mandi2 siap pegi masjid nak azan subuh & solat. Lepas pukul 5 pagi kalau aku rasa tak muntah lagi nak meraban dengan dorang, boleh la kalau nak share dengan aku cerita seram ke cerita pontianak ke.. Sebab entah kenapa selepas pukul 5 pagi sehingga pukul 11.59 malam tahap keberanian aku akan memuncak. Selepas jer pukul 12 aku akan jadi kecut.. sekecut jari2 yang terlalu lama berendam dalam air. Aku bukan seorang penakut sangat tapi aku tak boleh di hasut dengan cerita - cerita seram yang bakal menganggu imaginasi aku bila seorang diri. Kalau takde semua tu.. Akulah JUARA.

Aku memang pernah mengalami Insomia (erkk betul ke ejaan aku ni. Hentam je la labu). Pernah aku tak tido sampai 2 hari dulu. Insomia yang aku alami berkaitan dengan tekanan yang aku hadapi jugak la di samping hobi tak berfaedah aku bergayut & dengar radio sampai subuh. Dulu aku memang suka dengar radio.. call radio.. Wah! Rasa macam best je kalau suara dapat keluar radio meraban dengan DJ2 yang gila2 & gempak masa tu. Tak senang nak tembusi talian radio masa on air ni. Kira kontot jari jugak la tekan redial tu. Tapi aku jenis tak putus asa.. sampai aku dapat. Bila dah lama2 slalu call radio dah tau strategi dia camna jadi takde la susah sangat. Tapi semua tu cuma memori. DJ2 yang pernah kenal dengan suara aku pun rasanya kalau aku call balik dorang yang dah makin beruban pun tak mampu ingat lagi. Dah bersawang kenangan tu.

Dan tak perlu lagi tertanya2 Apa & siapa yang bergayut tengah malam tu (dulu la..) kalau bukan aku. kekekekekekekekekeke

6 comments:

  1. gambar tu angker gile!heheheh

    rajin jugak bergayut zaman2 hingusan dulu.:)

    ReplyDelete
  2. Hamizah.. zaman kegemilangan gayut dah berakhir kini..

    cekla.. kekekeke. Zaman tu tak popular tenet lg. 1st bertenet kt umah time tu igt lg guna prepaid.. hahahaha.. lepas tu beralih arah ke minat lain ler

    ReplyDelete
  3. o..ade tknik rpanya untk menerobos line tpon radio ea..so,,share lah cket dgn kami sume..hehe

    ReplyDelete
  4. aduhai skang ni radio semua pakai recording tak macam dulu call trs on air.. takde record2 mcm radio skang dh.. so susah la nak guna tips yg sy guna dulu

    ReplyDelete
  5. hehe..tak pernah bergayut..asyik jatuh je..hehe

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com