APA YANG MELEKAT LEKIT 2010?
Selain aku lebih aktif berblog pada tahun 2010, sehingga berkenalan dengan ramai blogger & nuffnang juga. Dan berjaya meragut BE baru - baru ni apa lagi yang ada di sekitar tahun 2010.
Selain menempuh kehidupan yang cukup menduga pada tahun 2010.. kemudian meniti sedikit demi sedikit kebahagian hasil dari kekuatan & kesabaran aku.. Tarikh - tarikh keramat dalam hidup aku adalah..
24 April 2010
Pemergian Ayah tercinta secara mengejut pada malam itu.. Kebetulan aku balik kampung hari tu untuk menyelesaikan borang nikah bersama hubby. Sungguh.. hampir rapuh kekuatan yang ada sebaik menerima khabar & melihat sendiri jasad ayah yang kaku tak bernyawa di hospital kemudian di bawa pulang kerumah, di mandi, di kafan, di kuburkan, & di talkin. Tidak kering airmata menempuh ujian getir itu. Namun aku redha.. Janji Tuhan dengan Manusia sudah tertulis begitu.
28 April 2010
Tarikh - tarikh lain atau peristiwa2 lain sepanjang 2010.. bagai debunga je dalam hidup aku. Dua tarikh keramat ini sahaja yang terpahat kukuh dalam ingatan. Pemergiaan Ayah benar - benar memberi kesan pada seluruh kehidupan aku. dua tarikh keramat ini bagai satu kejutan dalam hidup aku.. Semuanya terjadi tanpa di rancang. Aku redha.. Aku terima.
Apa yang melekat dan melekit di sekeping hati ini sepanjang 2010 banyak mengajar aku tentang nilai sebuah kesabaran & ketabahan. Biar di terpa dengan pelbagai ujian (tak semua aku boleh kongsikan) namun aku masih mampu mengorak langkah sehingga ke hari ini. Moga 2011 matahari muncul lagi dalam hidup ku.. Insyaallah.
Semoga akak tabah menghadapi apa jua dugaan dan ujian yang mendatang selepas nih...
ReplyDeletesemoga lebeh tabah mgharungi dugaan yg maha esa..jadikan kenangan lalu sgn pembakarrrrr semangat..
ReplyDeletewelkam 2011