APAKAH NILAI MARUAH SEORANG GADIS HANYA TERLETAK PADA DARA??

12/29/2010 02:00:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

Kadang - kadang hati tertanya - tanya apakah maruah seorang gadis itu cuma pada 'DARA'?? Kalau hilang dara seolah - olah seluruh kehidupan tu musnah. Tak pelik la ada yang sampai sanggup bunuh diri atau melakukan perkara yang semakin merosakkan diri bila sudah kehilangan DARA.

Macam mana pula DARA yang di ragut tanpa rela?? Kita nak kategorikan dia sebagai tak bermaruah ker sebab dah takde dara?? Tak kan?? Atau seseorang yang menyesali atas ketelanjuran sehingga kehilangan sesuatu yang berharga sebagai seorang gadis. Adakah label tidak bermaruah itu harus di tampal hingga ke mati?? Tak kan...??

So, Maruah bukan terletak hanya pada DARA. Dia meliputi seluruh aspek dalam diri seorang gadis tu. Biarpun masih terjaga DARA nya tapi sikap & perilaku yang mengundang tanggapan negatif juga akan menampakkan kecacatan pada maruah seseorang juga. Maruah akan kembali bersih sekiranya ketelanjuran itu di akhiri dengan kesalan & taubat. Selagi ada peluang untuk berubah & mengubah, masih ada kesempatan untuk bersihkan maruah yang tercemar. Hidup ini tidak kejam seperti yang kita sangka.

Bukan menggalakkan seks bebas atau secara rambang tapi sekadar mengingatkan pada semua & diri sendiri juga.. Sesungguhnya kehilangan DARA itu bukan satu kemusnahan sehingga tak mampu di perbetulkan lagi. Bagi mereka yang tak memiliki dara jangan la terus menghukum diri sebagai seorang yang kotor untuk selamanya.. Selagi di beri peluang bernafas selagi itu harapan masih ada untuk membetulkan segalanya. Mungkin belajar dari kesilapan itu lebih bermakna untuk di jadikan panduan pada diri sendiri & orang lain.

So, para lelaki.. jangan la menghukum seorang gadis hanya kerana DARA. Berilah peluang & ruang untuk mereka berdepan dengan kehidupan yang adil. Bimbinglah sekiranya mampu.. Beri la sokongan & kekuatan. Cara penerimaan kita juga kadang - kadang mampu membantu mereka untuk memperbaiki diri. Tapi kalau sendiri yang memang selesa hidup macam tu.. No komen la! Soal dara or maruah bagi orang2 camtu dia sendiri je tau nak tafsirkan macam mana, kan??

7 comments:

  1. kalau disebut pasal maruah...
    banyak yang ditikberatkan..
    tapi penjagaan "dara" memang penting untuk perempuan..
    di situlah terbukti kesucian seorang wanita.
    lainlah jika sudah berkahwin

    ReplyDelete
  2. sebenarnya dara ni lambang maruah diri seorang gadis. dulu2 dara mmg diambil berat menandakan seorg gadis itu pandai menjaga dirinya sekiranya masih dara. cuma zaman skrg mcm2 bnda jadi.so xleh depends pd dara shj.nice post.setuju dgn kmu

    ReplyDelete
  3. setuju dgn mie..
    pasal maruah bnyk aspek lain lagi yg mencakupi....termasuk gak lelaki..
    cuma tu yg specialnya pasal pompuan..DARA..sebab tu lah kaum perempuan dipandang tinggi dlm Islam dan disuruh supaya jaga kehormatannya..

    ReplyDelete
  4. macam mana pula mereka kehilangan dara secara paksaan spt kena rogol?

    memang dara tu lambang kesucian dan kehormatan seorang wanita, tapi, ramai orang yang bertuhankan diri sendiri, menjatuhkan hukuman pada perempuan kehilangan dara.

    ReplyDelete
  5. setuju dgn mie , tuan blog ni cmna plak? berdasarkan pengalaman ke tulis ni?

    ReplyDelete
  6. berdasarkan pengalaman2 org2 di sekeliling & pembacaan dari media.. So, maka terhasillah entri ni. Untuk pengetahuan cik kodek sy memang bkn lagi anak dara yer... tapi bkn kena rogol. saya dah kahwen. kekekeke

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com