BLOG COPY PASTE ARTIKEL DARI AKHBAR ONLINE BAKAL DI AMBIL TINDAKKAN

12/23/2010 12:16:00 AM suria lekatlekit 11 Comments

Sambil - sambil BW sempat singgah kat blogger.my bukan nak ping entri pun sebab takde entri baru pun tadi. Terjumpa satu artikel dalam satu Blog yang memberi amaran pada satu blog Berita-Harian-Online kerana menggunakan konsep copy paste bulat3 artikel dari Berita Harian, Kosmo, Harian Metro untuk di muatkan dalam blog beliau.

Beliau yang tidak suka akan tindakkan blogger itu mengambil kesempatan atas kerja keras wartawan akhbar BHO mohon agar Blog sebegitu di hentikan sebabnya Kosmo & Berita Harian akan mengambil tindakkan dengan aktiviti Plagiat blogger2 camtu

So Uolls berhati hati yer kalau nak copy paste artikel dari akhbar Online ni... Tapi cara aku kupas kupis isu dari artikel yang terdapat dalam akhbar tu salah ker?? Aku takde copy paste bulat3.. Aku cuma buat link pautan ke artikel rujukan tu jer.. Iskk risau pula. Uolls pun tahu kan.. kalau segmen kupas kupis aku camna. Aku akan gunakan isu dari akhbar then aku huraikan dengan gaya bahasa & penyampaian aku sendiri kemudian link balik ke sumber rujukan tu. Kalau tu pun salah.. maka lepas ni taknak lagi la nak kupas kupis pasal isu dari artikel kat akhbar ni. Aku bukan kaya sangat kang kena saman.. Mano den nak cari duit. kekekeke.

Untuk lebih penjelasan pasal isu ni korang clik sendiri : Berita Harian Online Blog ‘Copy Paste’

11 comments:

  1. pernah tak ea miela bt???? adoi mana nak ingat kalau pna buat ke tidak kalau dah berzaman...takut juga....tapi yang kupas mengenai berita takkan dikenakan tindakan pula, macam tak je....

    rasanya miela tak adalah buat copy2 nih...insyaALLAH...

    ReplyDelete
  2. alamak.. takutnye.. rasenye kalo yg kita olah2 tu ok lg kot..

    ReplyDelete
  3. wahh. Iya ka? risau plak aku ni. Selalunya mmg aku pun akan ulas apa tajuk dalam akhbar2 tu.

    Tiba bila mana dah takda idea aka Malas, aku main copy paste je artikel tu... Lepas ni insaf dah... tak caya boleh cek entri2 saya.. hehehe

    ReplyDelete
  4. lepas ni kalo nak selamat baca dulu berita tu, then buat summary mcam dlam exam..hihi

    papepun thanks for sharing k

    ReplyDelete
  5. ishhh.... takot plak bila baca entry nihh...

    ReplyDelete
  6. ak rasa xpe kowt klu letak artikel...credit sumber n kupas kupis tajuk tue...
    mcm rumusan jgk....
    jnji kne ada letak sumber....
    baru xambik tindakan...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum. huh? ye ke ni? alamak! tak dapat la den kopi bulat2..terpaksa den kopi bujur2..hahah.. adoi, mungkin diorang nak elakkan daripada mencerobogi hak mereka. kita pun marah gak kalau ada yg bulat2 kopi entri kita. kopi bujur2 cukup la.kan? haha

    tapi kalau buat link.. salin separuh.. lepas tu ulas..tak apa kot.. kot je la. hehe

    ReplyDelete
  8. scary nyee.. tapi ada jugak ayat lekat lekit qila tak dapat nak paham dalam entry nii. mcam terbalik2. takpon qila yang tengah terbalik. hihi

    ReplyDelete
  9. paham yg ptg dah la qila.. maybe taip nak cpt td supaya infomasi ni tersebar.. kekekekeke

    ReplyDelete
  10. err~
    takotnyer camnih....
    myra jarang copypaste artikel...
    tp pena jugak sekali...
    pasal komik hari tue...
    hmm...pasni kne hati2 laaa....

    ReplyDelete
  11. kamilah blog yang dimaksudkan tu, dan kami dah send email ke Editorial Kosmo, BeritaHarian, Utusan dan Harian Metro.

    Sebab blog macam Berita-Harian-Online tu copy paste ayat dalam laman web berita online sebijik. Tak ada inisiatif nak mengulas atau nak memberi back link kepada artikel asal.Tujuannya tak lain, nak buat duit dari blog dengan tak payah tulis artikel sendiri. Kopipes je!

    Inilah sindrom yang melanda ruang blog kita. Berikut adalah dua lagi blog yang dah di highlight untuk diambil tindakan:

    1.YusufUltraman.com
    2.Shayir.tk

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com