DIDIKKAN

12/16/2010 08:04:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

Ni kisah petang tadi masa aku turun pegi kedai nak beli bahan - bahan nak buat laksa. Hasutan ikan yang ada dalam peti sejuk terus rasa nak masak laksa lak. Entah napa sejak kawen selera aku lebih kepada makanan berkuah camtu dari nasik. Tengok ayam tergolek - golek dalam peti sejuk.. macam menghasut aku masak bihun sup lak esok. Semua benda dapat peti sejuk memang penghasut. kekekekekeke

Tapi bukan aku nak share pasal aktiviti dapur aku or nak share resepi bagai. Alah.. resepi biasa jer. Nak share2 rasa melambak korang boleg search. Ni kisah balik dari kedai.. kebetulan satu lift lak dengan jiran yenna aku yang mulut longkang tu. Ntah anak sapa di rembat bawak balik umah pun tak tau. Walau dia singh tapi budak lelaki kecik tu budak melayu. Maybe dia pinjam anak kawan dia kot nak tumpang bermanja. Dah satu lift maka bila keluar dari lift pun sama - sama. Dah nama jiran umah of course la sebelah menyebelah. Masa dok sibuk buka kunci bagai nak masuk umah.. Si Yenna tu pun suruh la budak tu ketuk pintu umah dia then suruh budak tu panggil anak dia buka pintu. Ayat dia lebih kurang camni la.. "Panggil kakak buka pintu". Tapi budak tu tak panggil macam dia ajar.. Budak tu ketuk - ketuk pintu then bagi salam. Mungkin dia masih belum faham.. Muslim & non-muslim. Sebab dah terasuh oleh mak bapak dia nak masuk umah bagi salam.. So, dia dah terbiasa kot. So, si yenna tu cakap la tak payah bagi salam just panggil kakak buka pintu je. Dia still bagi salam. Pastu aku masuk umah.. dorang masih depan pintu tak tau dah apa jadi pastu.

Moral Of the story.. Anak - anak kalau di didik dari awal dengan sikap2 & sifat2 yang baik akan membesar dengan apa yang di ajar oleh mak bapak dia. Budak tu satu contoh di didikkan yang baik dari mak bapak dia walau dia masih terlalu kecik untuk faham umah sapa kena bagi salam or tak. Takde la main serbu or ketuk bagai nak roboh pintu umah. Apapun syabas pada mak bapak budak tu. Rasanya budak tu yang mak dia jual nasi lemak petang2 kat bawah umah aku ni.

3 comments:

  1. Ayam golek + mihun.. aduh.. terbaca post ni macam rasa nak buat i jenguk2 peti sejuk,. lapar pula..


    Rindu Sangatke? Layari : www.pengeRindu.com

    ReplyDelete
  2. abeh, ape ke hal budak tu ikut yenna tu balik? musykil, huhuuuu

    ReplyDelete
  3. mr. J sila mulakan aktiviti dapur

    Ntah la Nazrul.. mak dia kasi ikut.. then dia ikut la kot. Kenapa mengapa & apa.. tak tau lak

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com