DISABLE RIGHT CLIK..APA KEBURUKKAN NYA??

12/24/2010 05:05:00 PM suria lekatlekit 11 Comments

Online je tengok bersepah comment & tak kurang juga yang menjerit kat shoutbox. Tak sempat nak serang balas semua lagi tapi ada la sepuluh dua blog aku serang tadi sambil berkomen2 & tinggalkan kesan jari kat sana. Hasil BW hari ni aku nak kopek satu isu berkenaan right clik.

Ramai sekarang menggunakan trend disable right clik.. Maybe dorang nak mencegah entri ataupun artikel dorang di plagiat atau gambar2 yang terdapat dalam blog dorang di curi.. Ok itu sistem keselamatan yang baik tapi tahu ke korang kalau orang nak copy paste artikel atau entri korang bleh jer guna ctrl+C (highlight then clik menatang tu secara serentak). Gambar pula tak mustahil orang boleh printscreen then paste kat paint or sebarang aplikasi. So, apa sangat kelebihan disable right clik ni kalau melalui cara lain orang boleh curi jugak, kan??

Kekurangan bila disable right clik ni menyusahkan pengunjung blog korang nak tinggalkan jejak. Kenapa?? sebabnya.. Maybe mesej dorang boleh taip tapi url aku percaya kebanyakkan copy paste je dari address bar blog dorang. Salah taip URL kang tak dapat lak orang jejak. Setengah orang rasa leceh nak kena taip satu2 URL tu sebab blog korang disable right clik then dorang blah camtu jer.. Tanpa sebarang bukti kunjungan. Pastu dah malas nak lawat korang lagi sebab tak semua orang datang blog kita nak baca entri. Kadang just melawat depan laman umah jer.. tak masuk pun & borak2 kosong. Then kalau tak shoutbox pun dorang exchange link kat widget yang kita pacak, betul tak??

Mungkin orang yang pandai ada cara lain nak paste url dorang pada blog yang disable right clik tapi bukan semua orang pun pandai & tahu, kan??  kebanyakkan yang tahu basic je macam aku ni. So, mari kita renung sejenak apa kelebihan disable right clik ni kalau ia sekadar menyusahkan & kenapa akhbar online tak guna cara ni walau banyak aktiviti plagiat di lakukan?? Sebabnya.. Takde guna sangat. Orang tetap boleh curi artikel korang even korang disable right clik pun. Then berbaloikah anda activekan disable right clik???

Ini cuma satu pandangan peribadi yang tak point mana2 blog atau blogger yer.. 

11 comments:

  1. btol tu..sape2 nak copy tu..copy la..macam heran sgt...dosa je *serius ayat cam budak2...hahahah*

    ReplyDelete
  2. saya setuju saya setuju ! even saya adalah pengguna disable right click . Har har har. tapi saya nak buang dah disable right click tu tau. sbb agak menyusahkan siket lah.

    btw, even ta gune disable right click pn, bole gune care lain untuk elakkan entry dicopy paste. org ta bole click pn ctrl C tu sume. carenye? jom tengok kat ;

    http://maribinablog.blogspot.com/

    kat situ ade 1 post tentang mcm mane nak elak entry kena copy paste selain guna care disable right click. sgt setuju lekatlekit ckp, buat disable right click, tp org bole lg gune ctrl C kan kan kan?

    so sy rase baek guna dr link saya bg td. sbb org ta bole highlight lgsg bende dy nak copy tuu. kan lebih selamat kan? well segala benda kat dunia ney tak fully secure kan? hehe. we just try. and yess. disabe right click tu agak susa actuli ;)

    ReplyDelete
  3. siyesly tak suke kalo blog ade disable right click..
    sgt2 tak suke..
    adeyh2!

    ReplyDelete
  4. yeke??? aiyarkk...kene remove ni

    ReplyDelete
  5. hahaha..
    biar ja la orang plagiat pon... hehehe...
    asalkan tak menyusahkan pembaca,,macam blog aku ni..
    menyusahkan pemabca... arghh

    ReplyDelete
  6. walaupun disable right click...
    bloggers bley guna "ctrl+c" nak copy artikel slagi bley highlight tulisan...

    klau dia guna widget la...klu power coding mmg xleh terus...

    klu xbley...salin 1 per 1...
    hahahaha....

    ReplyDelete
  7. setuju..lagi2 kalau yang tag tu..mengamuk rasa nak taip balek2 last2 terus tak buat

    ReplyDelete
  8. nice idea...mmg rasa x slesa buat cam tuh

    ReplyDelete
  9. kyra setuju..hm betul betul tpi rasenye nak tnye disable right click same jgk mcm dont copy paste kn yg org selalu bt tuh ?

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com