ENTRI TUNJUK PANDAI & BERLAGAK OTAI

12/30/2010 06:51:00 PM suria lekatlekit 10 Comments

Pandai ker?? Otai ker?? Tak lah.. hanya blogger di pinggir longkang lagi. Sekadar mencuba yang terbaik & berkongsi pandangan peribadi dengan blogger2 lain jer. Apa kes ni lekit?? Kes ni takde kat mahkamah atau dalam rekod2 polis yer.. Ni kes biasa jer.. Maybe salah faham kot.

Kadang - kadang jari si melekit ni secara sengaja atau tak tertaip sesuatu pandangan yang secara tak sengaja membuatkan ada pihak terasa (mungkin) then tercetuslah salah faham. Maybe blog yang masih di pinggir longkang ni bagi sesetengah pihak blom layak lak nak bagi pandangan pada blog lain.(Ye ke??) Blog sendiri pun still tak cantik & menarik ada hati kan nak tegur blog orang.

Okies disini lekitkan nak jelaskan.. maybe ada entri yang bagi pandangan peribadi atas kelemahan2 blog lain hasil dari BW lekit ni buat ada pihak terasa hati. (Minta maaf dulu yer..) Macam isu right clik, Verification words, Isu Template (Yang mengomen pasal tulisan kecik kat entri, Sidebar lagi besar & banyak dari ruang blogpost), Isu widget2 yang memberatkan blog, Isu Tajuk entri yang menipu, Isu attached resit yang menunjuk2 & banyak la. Itu hanya padangan peribadi.. Bukan niat nak menjatuhkan mana2 pihak mahupun bersifat dengki. Lagipun Saya tak pernah highlight mana2 blog atau blogger setiap kali membuat entri berkaitan ala2 teguran & pandangan terhadap blog & blogger lain. Just share apa yang saya rasa terbaik dari pandangan mata seorang blogger seperti saya jer.

Sekiranya entri2 yang bersifat demikian membuat ada pihak yang terasa atau marah saya minta maaf. Blog korang hak korang, ok. Saya tidak memaksa mana2 blogger menerima pandangan saya, sekadar berkongsi sahaja apa yang saya tahu. Saya bukan la seorang blogger yang berjaya menempatkan nama blog saya sebaris dengan mereka2 yang dah di kenali. Saya takde niat nak berlagak Otai atau pandai. Saya akan tetap menulis apa yang saya rasa nak tulis mengikut pandangan peribadi saya & terpulang pada korang untuk menilai & menerima dari sudut positif atau negatif. Seperti biasa entri ni tidak point mana2 blog atau blogger. Cuma maybe kalau ada yang salah faham, maka di perbetulkan dengan penjelasan ni.

P/s : Niat si lekit cuma membantu apa yang aku tahu & mampu.. 

10 comments:

  1. uik....ada org tak puas hati ka lekit

    ReplyDelete
  2. Ni kes tak mengaku kelemahan diri ar ni.. Ish..

    ReplyDelete
  3. dah ada yang menyuarakan rasa tak puas hati ker kat blog melekit nih....

    xper2...dugaan tu nak jd blogger hebat...:-)

    ReplyDelete
  4. benda camtu small matter la deqdeq.. takde la buat akak rasa down pun. Dah point kat entri tu akak akan menulis apa yg akak rasa.. so bermakna takde apapun buat akak merajuk dgn blog ni

    ReplyDelete
  5. akak mmg kuat semangat kan...cayalah...DeQdEq ttp akan ikt blog melekit nih...:-)

    ReplyDelete
  6. apa yg awk tulis ok je xde hentam sape2 pun, org mana yg xpuas ati dgn awk tu?

    ReplyDelete
  7. hati manusia tak sama kental & kenyalnya.. then biarla kita minta maaf dulu.. taknak point sesapa. Thanks pd komen yg membina tu Nazrul

    ReplyDelete
  8. beselah tu..bukan sume org ske ngan kite tapi bukan sume org jugak benci kita tau..saya pun penah gak cik anon komen ckp ade kawan dia terasa pasal entry saya.so kita dh minta maaf kn just let it go jela..chill k? :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com