HARI - HARI TERAKHIR KU..

12/31/2010 03:30:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

Hari ni adalah hari terakhir aku disini.. Hari terakhir aku dalam usia ini.. Esok, sudah tiada lagi. Bukan mungkin tapi pasti.

 Tu dia.. ayat macam tengah gali lubang kubur sendiri je kan?? Alhamdulillah.. kalau mampu gali lubang kubur sendiri sebelum mata terpejam sebabnya 1 tak menyusahkan orang lain, kedua jimat kos.. ke-3 mungkin itu kelebihan yang Tuhan bagi sebab mampu gali kubur sendiri. Mana ada orang mampu buat camtu, kan??

Aduhai.. pehal lak cerita pasal mati ni. Kalau boleh nak lagi hidup. Hari ni adalah hari terakhir kita di 2010.. Esok takkan mungkin datang lagi 2010. Takkan terkurang lagi usia.. Takkan ada lagi apa yang ada pada 2010. So, hari ni sangat la sesuai untuk korang mula pack segala memori tahun ni.. Nak - nak lagi memori yang tak hingin di kenang tu. Dah tutup buku! Yang bermusuh sila bermaafan.. Yang bercinta sila berkahwin.. Yang baru berkenalan sila rapatkan hubungan.. Yang belum berpunya sila cari calon.

So, di kesempatan yang ada ni.. Meh la kita buat macam hari raya.. bermaaf - maafan sesama kita. Bukan apa.. Masuk tahun baru.. Maka semuanya baru. Kita cipta satu kisah baru untuk tatapan hujung tahun nanti. Sebab apa?? Mesti banyak contest, GA atau segmen hujung tahun berkenaan Memori sepanjang tahun. Betul tak?? Baru la fresh apa yang tulis.. Takde la cedok memori 5 - 6 tahun lepas nak buat entri. Kekekekekeke

Okies Uolls di kesempatan ni Saya yang melekit di sini ingin mengucapkan selamat tahun baru buat semua. Mari kita buat pertanyaan skema ala2 sekolah dulu.. Apa Azam Tahun Baru?? Mesti semua cakap best2 je kan padahal.. Setiap tahun yang yang update azam.. tapi terlaksana nan-ado jugak.

1 comment:

  1. azam tahun baru??ekeke...nk tunaikan azam yg berpekasam tu..ngeh3...

    epy new year abby..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com