IDOL 2010.. MISI 2011
Dalam perjalanan seorang blogger aku menjelajah banyak blog & membaca pelbagai kisah juga melihat macam - macam bentuk penulisan blogger lain. Baru dorang tau rakyat Malaysia banyak berbakat dalam bidang penulisan even masa skolah tak score A pun dalam karangan. Kekekekekeke.. Dalam persinggahan demi persinggahan ada satu dua blog yang rasanya menarik cara penulisan beliau & tertarik juga cik lekit dengan cara dia berblog. Dua perkara berbeza yer.. Penulisan & cara berblog. Aku amat suka highlight yang 1st adalah penulisan dalam blog.
Yang menarik minat si lekit untuk melekat membaca entri beliau dek kerana cara penulisan beliau adalah Blog Rasa Hati iatu pemiliknya Aku suka sangat panggil dia Nyah even dia lelaki sejati yang bermisai janggut ala2 Rajni khan gitiew! Entri terbaru dia ni memang masih lagi mengkekalkan penulisan yang terbaik bagi cik lekit. Bahasa.. Cerita & Intipati nya memang cik lekit suka. Apa yang di ketengahkan dalam setiap entri takde nampak streotype atau plagiat mahupun menumpang kontroversi atau populariti yang sedang hangat di perkatakan. Entri - entri beliau lebih bersifat pandangan peribadi & cara penyampaiannya tersendiri. Kagum sebab aku pun masih tak mampu menulis macam tu lagi. So tahniah pada Idol Pertama Aku.. Blog Rasa hati.
Cukup dua Idol tu untuk tahun ni.. Berpindah pula pada Misi 2011.
Misi 2011 lekit sebagai seorang blogger adalah untuk menghasilkan penulisan yang baik & di terima oleh orang lain sebagai pembaca. Untuk lebih kreatif mengulas tentang isu - isu semasa & cerita2 yang berlaku di sekeliling aku. Traffic adalah perkara kedua.. Bagi aku Misi Utama adalah penulisan aku. Jika penulisan aku mampu menjadi yang terbaik di mata pembaca maka secara automatik traffic, Pageviews akan meningkat. Itu adalah bonus dari kejayaan penulisan seseorang dalam blog. Aku nak juga rasa orang yang jadi follower aku tu adalah dari kalangan yang minat dengan penulisan aku. Sebab itulah kepuasan bagi aku bila menulis. Hope 2011 akan memperlihatkan kejayaan aku dalam berblog ni. Pasal Nuffnang.. aku percaya ia tetap berpokok pangkal dari kreativiti seseorang untuk menarik minat orang datang ke blog sekaligus memberi bonus pada tabung nuffang. Senang cakap.. Kalau orang suka kita, orang akan datang. Nak buat orang suka.. Perlu kreatif la. Misi aku untuk lebih kreatif pada tahun 2011.
DeQdEq sentiasa ikut perkembangan blog melekit nih...sebabnya cik lekit idol DeQdEq...
ReplyDelete