JAWAPAN BALAS TENTANG ISU KUPAS KUPIS ARTIKEL AKHBAR YANG LEKIT BUAT

12/23/2010 01:04:00 AM suria lekatlekit 10 Comments

 Bagi mendapat penjelasan yang lebih lanjut aku ada hantar komen terhadap blog iAwani.. Alhamdulillah penjelasan beliau melegakan sedikit hati ku nak mula melekit dengan gelisah ni...

 PERTANYAAN SAYA

Salam..
saya ingin bertanya bagi mendapatkan penjelasan dari pihak tua/puan berkenaan aktiviti Plagiat ni. Saya mempunyai satu blog peribadi dimana kadang2 saya menggunakan isu yang terdapat dalam akhbar kosmo, Harian metro online tapi tidak menggunakan sistem copy & paste artikel itu bulat2 cuma sekadar mengambil artikel itu sebagai rujukan untuk di sampaikan melalui pandangan peribadi saya & penulisan saya sendiri dan membuat pautan kembali kepada artikel asal. Adakah perkara sedemikian menjadi satu kesalahan.. Dan sekiranya salah saya terlebih dahulu memohon maaf & berjanji takkan mengulanginya. Tidak sebarang niat untuk mengambil kesempatan kepada karya asal artikel itu. Diharap penjelasan pihak tuan/puan dapat membantu saya

DAN JAWAPAN MEREKA
Itu juga yang kami lakukan di iAwani, ambil petikan berita, fahami, ulas serba sedikit lalu diterbitkan menjadi artikel kami di blog ini. Perkara yang kami lakukan sebenarnya dah lama dilakukan oleh blog-blog besar seperti TechCrunch, Engadget,UberGizmo,i4u,CrunchGear,SlipperyBrick. Syaratnya, elak untuk tidak copy keserluhan artikel. Jika copy pun sebab nak cepat atau mahu jimatkan masa dari menaip panjang,pastikan beri link kepada artikel asal. Plagiat ni jika dilakukan dengan cara bersih sebenarnya tak salah, janji ada backlink kepada artikel asal, petanda bahawa kita ambil artikel tu sebagai rujukan asal dan sumber asal, juga sebagai tanda kita berterima kasih kepada artikel asal yang kita copy paste tu. Tapi jika kita ambil artikel secara copy paste tanpa ada link kepada sumber asal, itu di kira sebagai plagiat.

Fuh.. lega!! Maksudnya apa yang aku buat selama ni takde la salah. Seperti penjelasan tersebut aku ada membuat link ke sumber rujukan asal dan tidak menggunakan sistem copy paste bulat.. Sekadar menyampaikan semula berita itu dengan cara penulisan aku sendiri berserta pendapat peribadi. So, Uolls moga penjelasan ini membantu blogger2 lain juga. Sharing Is caring


Bukti Aku cuba mendapatkan penjelasan pada pihak yang mengeluarkan artikel ini

10 comments:

  1. betul....takkanlah kita olah ayat tu ikut pandangan kita pon tak boleh kan :).... tengs kakak suria :)

    ReplyDelete
  2. betul!! saya pun selalu ceduk berita semasa untuk entry tapi tetap bagi link pda artikal asal..n tambah pandangan peribadi..kalau ceduk bulat2 macam artikal itu sndiri yang punya..itulah plagiat huhuhu..

    ReplyDelete
  3. lebih baik bertanya drp sesat.. walau sy rasa sy takde la plagiat artikel orang just amik isu untuk di kupas semula tp dek sbb pnh kena warning dr anonymous pasal isu kupas kupis dr akhar kosmo tu risau juga.. then lagi bagus sy dpt penjelasan dr org yg tahu

    ReplyDelete
  4. maksud plagiat itu disalin bulat2. abby bukan salin, abby buat review.

    apa pun cekla respect lah kat abby ni!

    great job! u go girl!

    ReplyDelete
  5. tu la pasal cekla.. tp saja nak penjelasan jer.. yelah! dah penah kena warning.. pelik lak! kenapa nak warning. Salahkah kita cuba memberi pendapat sendiri & mengulas tentang satu isu tu dengan cara sendiri. Sekarang ni dah tak ragu2 lagi

    ReplyDelete
  6. ape kes giat giat mara ni??? eehh silap plagiat....hehehehe

    ReplyDelete
  7. ko ni nyah pagi je muncul.. cik seri pagi ke hapa ni??

    ReplyDelete
  8. plagiat...? bahaya gak kes2 ni..
    tak pasal kena..
    tq for the information..

    ReplyDelete
  9. DeQdEq pun sama juga...ada copy juga...tp mst buat backlink...

    tp xada la kita copy semuanya bulat2...mst ada ulasan sendiri juga...org dtg blog sbb nk baca apa yg kita tulis...bukannya nk tgk hasl tulisan org lain..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com